bung moktar bebas

Zahid Hamidi Bebas Tiada Kaitan Dengan Kes Saya – Bung Moktar

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar menafikan dakwaan yang mengaitkannya dengan isu pembebasan Ahmad Zahid oleh mahkamah pada baru-baru ini, lapor Sinar Harian.

“Isu lepas tanpa bebas yang diberikan mahkamah kepada Datuk Seri Ahmad Zahid tiada kaitan dengan pembebasan saya,” kata Datuk Seri Bung Moktar.

Perkara itu dijelaskan Bung selepas Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskannya daripada tuduhan rasuah RM2.8 juta pada hari ini.

Bagaimanapun, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata, sukar untuk menolak tanggapan dan persepsi masyarakat berkenaan keputusan mahkamah membabitkan isu dihadapi Presiden UMNO itu.

Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah dilihat masih terkejut dengan keputusan Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid pada pagi tadi.

Beliau berkata bahawa mahkamah telah mengadili prosiding itu dengan sebaik yang mungkin.

Tambahnya, perjuangannya bersama isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad bersama barisan peguam yang mewakili akhirnya membuahkan hasil.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Prosiding melibatkan Bung dan Zizie dikatakan telah dilakukan selama lima tahun.

“Saya bersyukur kerana mahkamah sudah membebaskan saya dan isteri. Terima kasih kepada pasukan peguam serta semua yang mendoakan kami di seluruh negara, semoga ALLAH membalas budi baik mereka,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada pertuduhan ke atasnya dilakukan bermotifkan politik, Bung mengiyakannya.

Bung Mokhtar, 66, berkata, beliau tidak menafikan dan mengakui pertuduhan itu menjurus ke arah politik dan ingin menjatuhkannya.

Mahkamah KL Lepas & Bebaskan Bung Moktar, Zizie Izzete Daripada Kes Rasuah RM 2.8 Juta

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah melepaskan dan membebaskan Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin dan isterinya, Datin Sri Zizie Izette binti Abdul Samad daripada tiga pertuduhan rasuah, tengah hari tadi.

Menerusi rakaman siaran langsung dari Sinar Harian, kedua-duanya keluar daripada bilik perbicaraan selepas bebas daripada pertuduhan rasuah bernilai RM2.8 juta itu.

Sumber: Sinar Harian

The post Zahid Hamidi Bebas Tiada Kaitan Dengan Kes Saya – Bung Moktar appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *