Warga emas dilaporkan hilang

Warga Emas Dilaporkan Hilang Selepas Dihanyutkan Arus Deras Banjir Kilat

KUANTAN, 24 Jan (Bernama) — Seorang warga emas dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras semasa meredah banjir kilat di pekan Sungai Lembing di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Lee Yie Chong, 62, yang juga pemilik sebuah kedai, dilaporkan hilang pada kira-kira 7 malam.

“Mangsa dikatakan meredah air separas pinggang bersama isteri dan anak lelakinya untuk ke kereta di kawasan tinggi di seberang jalan untuk pulang ke rumah selepas selesai memindahkan barang ke tingkat atas kedai mereka.

“Dalam perjalanan (untuk ke kereta), mangsa yang berada di tengah dikatakan memberitahu isterinya bahawa dia kepenatan sebelum hilang dihanyutkan arus deras,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata isteri dan anak mangsa difahamkan sempat berpaut di sebatang tiang sebelum diselamatkan.

Banjir kilat itu susulan hujan lebat sejak 3 petang menyebabkan air sungai melimpah memasuki pekan Sungai Lembing manakala air dari kawasan bukit pula memenuhi jalan raya dan lorong di lokasi terbabit.

Bagaimanapun, Wan Mohd Zahari berkata hujan semakin reda dan air mulai surut malam ini.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Sumber: BERNAMA

The post Warga Emas Dilaporkan Hilang Selepas Dihanyutkan Arus Deras Banjir Kilat appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *