wanita Hilang lapan tahun lalu

Wanita Yang Dilapor Hilang Lapan Tahun Lalu Ditemui Selamat, Dakwa Sengaja Menjauhkan Diri

Seorang wanita yang dilaporkan hilang pada lapan tahun lalu ditemui selamat selepas menghubungi polis untuk berkongsikan berkenaan keadaan dirinya, lapor Daily Mail.

Lisa Hu, 31, dilaporkan hilang pada 8 Disember 2015 lalu dan kali terakhir dilihat di blok 900 di 34th Street.

Ketika kehilangannya, Lisa berusia awal 20-an dan keluarganya berkata bahawa pada masa itu dia berada dalam keadaan fizikal dan mental yang baik.

Polis bagaimanapun tidak mendedahkan apa yang dilakukan oleh Lisa sepanjang lapan tahun kehilangannya itu.

Namun menurut CBS News, Lisa hanya cuba menjauhkan diri daripada ibunya.

Selepas ibu dan anak itu bersatu, mereka menghubungi polis dan menamatkan pencarian hampir sedekad bagi kes orang hilang di Jabatan Polis Oakland.

Difahamkan, purata kebangsaan bagi orang hilang di Amerika Syarikat ialah sebanyak 303 orang. Dengan lima kes amaran aktif secara nasional setakat Ogos ini.

California dikatakan mempunyai kadar tertinggi orang yang dilaporkan hilang sambil diikuti oleh Florida dan Texas.

Menurut wisevoter, banyak faktor boleh menyumbang kepada bilangan orang hilang yang tinggi di California. Ia termasuk faktor jumlah penduduk yang ramai dan kawasan geografi yang besar serta komuniti yang pelbagai.

Sementara itu, Daily Mail yang cuba menghubungi Jabatan Polis Oakland untuk mengetahui maklumat lanjut berakhir dengan kehampaan.

Sehingga kini jabatan polis masih lagi tidak memberi maklum balas berkenaan kejadian yang melibatkan Lisa.

BACA: Viu Buat Showcase Percuma 31 Ogos, Boleh ‘Meet & Greet’ Artis Termasuk Bunkface & MK K-Clique

Dalam pada itu, di laman web City of Oakland, orang ramai dilihat mendesak pegawai untuk menjalankan pemeriksaan kebajikan sebelum melaporkan seseorang yang hilang.

“Ini juga memberi peluang kepada pegawai untuk menjalankan siasatan awal dan mula mencari orang yang hilang,” kata laman web itu.

“Unit Orang Hilang sangat disyorkan untuk menjalankan pemeriksaan kebajikan sebelum melaporkan orang hilang,” tambah laman web itu lagi.

Sehingga kini masih tidak jelas sama ada pemeriksaan kebajikan ke atas Lisa telah dijalankan sebelum dia dimasukkan ke dalam senarai orang yang hilang.

Sumber: Daily Mail

The post Wanita Yang Dilapor Hilang Lapan Tahun Lalu Ditemui Selamat, Dakwa Sengaja Menjauhkan Diri appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *