agong permaisuri nama anak

Wanita Teruja Agong Dan Permaisuri Pilihkan Nama Anak, Siap “Frame” Buat Kenangan

Seorang guru yang teruja anak pertamanya dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah nekad membingkaikan kertas tersebut.

Perkongsian itu dibuat oleh guru tersebut yang dikenali sebagai Naldiana Umping Michael menerusi hantaran Facebook miliknya.

Pemilihan nama itu telah dimuat naik oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di InstaStory miliknya.

Nama itu telah dipilih oleh Agong ketika perjalanannya dalam Kembara Kenali Borneo yang berlangsung dari 4 hingga 13 September lalu.

“Tuanku Agong pilih nama ini! Semoga berjaya dapat anak,” tulis Tengku Mahkota Tengku Hassanal ringkas di muat naik tersebut.

Menerusi muat naik itu lagi, kertas tersebut mengandungi senarai nama yang telah disenarai pendekkan oleh Naldiana dan suaminya.

Setiap senarai nama itu telah disenarai pendek sebanyak tiga nama bagi setiap jantina bayi yang bakal dilahirkan oleh guru tersebut.

Bagi nama bayi perempuan, Tuanku memilih nama Nichella Inez Starla sebagai pilihannya, manakala nama Syderek Neville pula untuk bayi lelaki.

“Daulat Tuanku. Terima kasih untuk restunya,” tulis muat naik guru tersebut.

Kurang Sihat, Permaisuri Berkerusi Roda Ketika Di Lapangan Terbang

Lawatan Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang bermula pada 4 September lalu akhirnya melabuhkan tirainya semalam.

Kembara itu berakhir di Telok Melano, Sarawak selepas merentasi Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @tunku.hajah.aziza1, Baginda YDPA bersama Permaisuri serta dua anaknya dilihat sedang berada di lapangan terbang di Sarawak.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Apa yang menarik perhatian adalah, Tunku Azizah dilihat hanya duduk di atas kerusi roda sambil ditolak oleh puteranya.

Tunku Azizah dilihat duduk di atas kerusi roda tersebut sambil berswafoto bersama rakyat yang membanjiri perkarangan lapangan terbang.

Kembara selama hampir 10 hari itu mungkin telah menyebabkan Baginda Permaisuri berasa sedikit kurang sihat.

Selesai berswafoto, Tunku Azizah kemudiannya dilihat telah ditolak oleh puteranya iaitu Tengku Taim di laluan berlepas lapangan terbang.

Sumber: Facebook/Naldiana Umping Michael

The post Wanita Teruja Agong Dan Permaisuri Pilihkan Nama Anak, Siap “Frame” Buat Kenangan appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *