wanita rebung peluru mortar

Wanita Temukan Objek Dipercayai Peluru Mortar Ketika Mencari Rebung

MELAKA, 31 Ogos (Bernama) — Seorang wanita menjumpai satu objek dipercayai peluru mortar ketika mencari rebung di kawasan semak berhampiran tepi jalan di Taman Tanjung Minyak di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata objek berkenaan ditemukan di bawah pencawang elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan berkenaan kira-kira 3.15 petang tadi.

“Pengadu yang berusia 32 tahun itu sebelum itu berkunjung ke rumah adiknya untuk bercuti dan melakukan aktiviti memasak di kawasan luar rumah sempena menyambut ulang tahun kelahiran ibu mereka.

Pengadu memaklumkan dia pergi ke kawasan semak tersebut untuk mencari rebung sebagai bahan dalam masakan dan kemudiannya menemukan satu objek yang menyerupai bom,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Christopher berkata jarak dari rumah adik pengadu ke lokasi bom yang dijumpai itu kira-kira 30 meter.

Beliau berkata berdasarkan laporan itu sepasukan polis dari Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka menjalankan pencarian di sekitar kawasan dan mendapati tiada sebarang objek lain yang mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati objek yang dilaporkan itu merupakan satu peluru jenis mortar ‘60 milimeter (mm) practice’, dalam keadaan berkarat dan dipercayai telah dilancarkan. Objek juga disahkan tidak mengandungi bahan letupan,” katanya.

Katanya sepanjang tindakan, tiada sebarang kemalangan atau kerosakan harta benda awam dan objek telah dibawa balik ke pengkalan untuk tindakan lanjut berikutan kawasan terbabit tidak sesuai untuk melupuskan barang kes.

BACA: Ira Kazar Dedah Resepi Buat Sambal Sotong Kegemaran Suaminya, “Nak Lagi Ngam, Letak…”

Sumber: Bernama

The post Wanita Temukan Objek Dipercayai Peluru Mortar Ketika Mencari Rebung appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *