Tip Anak Benih nanas

Wanita Kongsi Tip Hasilkan 50 Anak Benih Nanas Daripada Sebiji Nanas

Buah nanas merupakan salah satu buah-buahan popular dan banyak digunakan di dalam masakan.

Meskipun rupa luarannya agak kasar berduri, namun di dalamnya tersembunyi isi buah yang berwarna kekuningan dan rasanya cukup manis.

Bahkan buah ini juga sering digunakan untuk membuat jus kerana kaya dengan vitamin di samping dapat melegakan anak tekak jika minum ketika cuaca panas terik.

Jadi, tidak hairan jika ramai yang memilih untuk menanam buah ini di halaman belakang rumah sahaja kerana boleh terus diambil jika ingin menggunakannya.

Tambahan lagi, buah jenis tropika ini sangat sesuai ditanam di negara kita berikutan keadaan cuaca yang panas.

Seperti yang kita ketahui, buah ini mudah ditanam, namun tahukah anda sebiji nanas boleh menghasilkan 50 lagi benih nanas?

BACA: Ini Fakta Menarik Kereta Api Laju ‘Whoosh’ Indonesia, Mampu Capai Kelajuan Hingga 350 Km/j

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari ikuti tip yang dikongsikan oleh Mahadzir Hashim mengenai teknik menghasilkan 50 anak benih nanas di bawah.

Menghasilkan 50 anak benih nanas dari sebiji nanas

Gambar: Mahadzir Hashim

Tahukah anda sebiji nanas boleh menghasilkan 50 lagi benih nanas? Ada caranya. Sebenarnya tiap mata nanas adalah benih nanas.

1. Untuk menghasilkan benihnya anda perlu keluarkan biji nanas dari mata nanas.

2. Letak biji nanas atas tisu basah dalam bekas bertudung seperti tupperware atau bekas-bekas serupanya dan letak bekas di tempat agak gelap selama lima hingga enam hari.

3. Selepas tumbuh anak tunas pindahkan ke tapak semaian. Pokok nanas perlukan tanah poros dan tidak menakungi air.

Sebagai nisbah boleh gunakan dua bahagian pasir, satu bahagian tanah dan satu bahagian organik. Campur sebatikan tanah. Anak semaian ini perlukan siraman pagi dan petang.

Gambar: Mahadzir Hashim

4. Selepas dua hingga tiga bulan benih dah cukup matang untuk dipindahkan ke kebun. Pengawasan kurang diperlukan kerana nanas biasanya kurang makhluk perosak. Siraman diperlukan sekali sehari dan pembajaan sebulan sekali.

5. Nanas akan matang selepas 10 bulan dan akan mula berbuah.

6. Buah nanas akan cukup matang untuk dipetik selepas tiga bulan.

Gambar: Mahadzir Hashim

Moga bermanfaat. Selamat mencuba

Sumber: Mahadzir Hashim via Berkebun D Rumah

The post Wanita Kongsi Tip Hasilkan 50 Anak Benih Nanas Daripada Sebiji Nanas appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *