hulur kaki dalam pesawat

Wanita Kongsi Pengalaman, Penumpang Tak Senonoh Hulur Kaki Siap Bau Dalam Pesawat

Sebuah video yang memaparkan aksi seorang penumpang lelaki yang biadab meletakkan kakinya di tempat letak tangan penumpang lain menjadi tular di media sosial Thailand.

Memetik The Thaiger, video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok itu telah menjadi perdebatan serius pengguna media sosial tersebut.

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira dua bulan lalu ketika wanita itu dalam perjalanan ke Vietnam dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok.

Wanita itu menyedari bau yang tidak menyenangkan dan apabila disiasat, dia mendapati bahawa bau itu datang daripada kaki penumpang yang duduk dibelakangnya.

Penumpang itu telah meletakkan kakinya di atas tempat letak tangannya dan perbuatan itu membuatkan wanita tersebut terkejut dan geli.

Walaupun telah beberapa kali menukar posisi tempat duduknya untuk menyedarkan penumpang tak senonoh itu, individu itu tetap tidak mengendahkan dan terus meletakkan kakinya disitu.

Selang beberapa detik, lelaki itu juga dikatakan menggerakkan kakinya dan menyebabkan bau yang tidak menyenangkan semakin kuat.

Seorang pramugari menegur perbuatan penumpang yang biadap

Apabila seorang pramugari menyedari tindakan menggelikan lelaki itu, beliau memintanya untuk mengalihkan kakinya.

Lelaki itu mematuhinya dan akhirnya mengalihkan kedudukan kakinya yang tidak menyenangkan.

Selepas kejadian tersebut, wanita itu menggunakan tisu basah untuk membersihkan tempat letak tangan dan menggunakan minyak angin untuk hilangkan bau.

Video kejadian itu telah menarik perhatian ramai dan komen daripada pengguna media sosial tersebut.

Ada beberapa komen pengguna yang menyatakan mereka terkejut dengan kejadian tersebut. Manakala yang lain turut berkongsi pengalaman serupa berkenaan kaki berbau dalam penerbangan, lapor KhaoSod.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Walau bagaimanapun, wanita itu menjelaskan bahawa kejadian tersebut tidak menghalangnya untuk terus menaiki kapal terbang.

Sebaliknya, dia kini tahu bagaimana cara mahu menangani situasi sedemikian jika ia berlaku lagi pada masa hadapan.

Menurutnya, semua orang harus tahu mengenai etika perjalanan udara yang asas. Jika menghadapi situasi begitu, maka mereka hanya perlu memaklumkan perkara itu kepada pramugari yang bertugas.

Sumbr: The Thaiger

The post Wanita Kongsi Pengalaman, Penumpang Tak Senonoh Hulur Kaki Siap Bau Dalam Pesawat appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *