tips elak epal lebam

Wanita Kongsi 4 Tips Untuk Elak Epal Lebam Selepas Dipotong

Buah-buahan merupakan sumber makanan yang membantu memberikan pelbagai jenis vitamin dalam badan seseorang.

Buah seperti oren, epal, betik dan lain-lain lagi dipercayai mengandungi vitamin yang tinggi dan diperlukan oleh badan kita.

Bagi penggemar, kalau seharian tidak mengambil buah pasti akan menjadi sesuatu perkara yang tidak lengkap.

Jika buah oren mungkin tiada masalah untuk dikupas awal dan kemudian disimpan dalam bekas atau peti ais. Tetapi bagi buah epal, pear atau pisang, ia harus dimakan dengan segera jika dipotong atau dihidangkan.

Buah jenis ini akan menjadi lebam atau kekuningan sekiranya terdedah terlalu lama di ruangan terbuka.

Justeru, bagi memastikan buah tersebut tidak lebam, mari kita ikuti perkongsian pada hari ini yang akan berkongsikan empat tips elak buah menjadi lebam.

Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Lailatul Munira Zainuddin.

Menurut wanita itu, terdapat empat tips yang boleh dilakukan oleh mereka diluar sana bagi memastikan buah epal yang sudah dipotong tidak akan menjadi lebam.

4 tips elak epal lebam
Kredit Facebook/Lailatul Munira Zainuddin

Air Garam

Tips yang pertama adalah menggunakan air garam. Caranya adalah sediakan air biasa, kemudian tambah secubit garam dan rendam hirisan epal ke dalam air tersebut sekejap.

Menurut Lailatul, teknik rendaman ini perlu dilakukan selama lima minit. Selepas lima minit, anda boleh tapis dan toskan air garam tadi.

Untuk teknik ini, garam disarankan hanya digunakan dalam jumlah yang sedikit sahaja bagi mengelakkan buah epal tadi menjadi masin.

Madu

Bagi tips yang seterusnya, jika anda tidak mahu rasa epal berubah menjadi masin, anda boleh gunakan madu sebagai pengganti garam.

Kredit AFP

Caranya mudah, anda hanya perlu campurkan dua sudu madu dengan segelas air biasa. Kemudian, rendam potongan epal ke dalam campuran itu selama beberapa minit.

Selepas beberapa minit, anda boleh tapis dan toskan potongan epal itu lalu sedia untuk dihidangkan.

Jus Lemon

Kredit Shutterstock

Bagi tips yang ketiga, caranya hampir sama dan anda hanya perlu menukar bahan daripada garam atau madu kepada perahan lemon.

Perah air lemon ke dalam air dan lakukan teknik yang sama iaitu dengan merendam potongan buah ke dalamnya. Biarkan selama beberapa minit sebelum ditoskan dan hidang.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Pisau tajam dan limau nipis

Tips yang terakhir ini sedikit berbeza kerana anda memerlukan pisau yang tajam dan limau nipis.

Caranya adalah sebelum memotong buah epal, anda perlu mengambil pisau yang tajam dan sapu atau geserkan dengan limau nipis.

Selepas pisau sudah disapu dengan perahan limau nipis, kini anda boleh memotong buah epal ikut bentuk dan cara yang anda mahukan.

Kalau tiada limau nipis, anda boleh gantikan dengan jus lemon atau apa-apa buah yang bersifat sitrus seperti oren atau nanas.

Tambah Lailatul, tips ini juga dikatakan boleh digunakan untuk mengelakkan pedih mata ketika memotong bawang.

Selain itu, tips ini juga dikatakan boleh digunakan untuk buah seperti ‘pear’, lai, pisang dan lain-lain lagi.

Semoga perkongsian pada hari ini memberikan ilmu yang baharu dan manfaat kepada semua pembaca.

Sumber: Facebook/Lailatul Munira Zainuddin

The post Wanita Kongsi 4 Tips Untuk Elak Epal Lebam Selepas Dipotong appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *