wanita dirogol bomoh

Wanita Dirogol Bomoh 20 Kali, Selepas Ikhtiar ‘Berubat’ Untuk Dapatkan Zuriat

Satu situasi yang tidak dijangka telah menjadi sejarah hitam dalam hidup seorang wanita di Indonesia, setelah menjadi mangsa rogol bomoh yang didakwa boleh mengubatinya untuk mendapatkan zuriat selepas 12 tahun mencuba untuk hamil, lapor Detik.com.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Indragiri Hulu, Agung Rama berkata laporan tersebut telah dibuat oleh suami mangsa setelah mendapati isterinya hamil selama tujuh bulan.

“Laporan itu dibuat oleh suami mangsa setelah mengetahui dia hamil gara-gara pelaku.

“Kandungan mangsa kini mencecah tujuh bulan,” katanya pada Isnin.

Agung memaklumkan pelaku berjaya ditahan oleh polis dan telah dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.

“28 Ogos lalu, kami menahan penjenayah.

“Selepas penjenayah itu dibawa ke balai polis, polis telah menuju ke rumah penjenayah untuk mencari bukti bahawa penjenayah itu menggunakan amalan bomoh yang boleh menyebabkan mangsa hamil,” jelas Agung.

Difahamkan, lelaki yang bekerja sebagai bomoh di Riau itu telah melakukan perbuatan terkutuk itu sejak tahun 2021.

Mangsa telah mengalami serangan seksual sebanyak 20 kali dan telah diambil kesempatan oleh bomoh dengan alasan mahu memberikan rawatan ke atasnya.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 34 tahun dan suaminya datang bertemu bomoh sebagai ikhtiar untuk hamil.

Ini kerana pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga selama 12 tahun tetapi masih tidak mempunyai anak.

“Mangsa tidak hamil selepas 12 tahun berkahwin. Mereka pun mencari ubat untuk hamil dan menemui lokasi perubatan suspek,” katanya.

Mangsa pada mulanya diminta untuk masuk ke dalam satu bilik khas dan dimandikan bunga di dalam tab.

Pada ketika itu, suspek telah melakukan serangan seksual ke atasnya namun mangsa hanya menganggap ia adalah sebahagian daripada rawatan tersebut.

BACA: Kononnya Jumpa Bomoh Minta Bantuan Masalah Rumah Tangga, Sudahnya Dijumpai Berkemban

Semasa rawatan itu dilakukan, suspek meminta suami mangsa untuk menunggu di luar.

“Kali pertama mereka mandi bunga dan suspek mencabul mangsa.

“Tetapi mangsa mungkin menyangka ia adalah sebahagian daripada rawatan, tetapi serangan seksual itu berterusan,” ujarnya.

Mangsa meletakkan kepercayaan kepada bomoh dan meneruskan rawatan tersebut pada hari-hari yang lain dan dia juga beberapa kali hadir seorang diri.

Suspek melakukan perbuatan terkutuk itu ke atas mangsa sebanyak 20 kali sehingga dia hamil.

“Pada bulan Julai tahun ini, mangsa telah mengandung tujuh bulan. Mangsa mengadu kepada suaminya bahawa dia mengandung tetapi dihamilkan oleh suspek,” katanya.

Sejurus menerima pengakuan tersebut, suami mangsa melaporkan kepada pihak polis dan suspek berjaya ditahan.

Sumber: Detik.com

The post Wanita Dirogol Bomoh 20 Kali, Selepas Ikhtiar ‘Berubat’ Untuk Dapatkan Zuriat appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *