Abang kastam lucu perarakan

Viral Gelagat Lucu Abang Kastam, Tolong “Support” Kawan Nak “Possing” Masa Perarakan

Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 telah berlangsung dengan jayanya di Dataran Puterajaya pada Khamis (31 Ogos 2023). Antara yang menarik perhatian adalah acara lintas langsung daripada pelbagai perkhidmatan awam dan juga swasta yang menjadi tulang belakang yang menggerakkan Malaysia.

Antaranya adalah kontinjen daripada pasukan keselamatan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Deretan aset-aset yang dipamerkan serta perarakan pasukan khusus daripada kedua-dua perkhidmatan ini amat dinanti-nantikan setiap tahun.

Selain ATM, kontinjen perbarisan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) juga antara yang mencuri tumpuan, khususnya sejak fenomena ‘Abang Bomba’ melanda Malaysia pada tahun lepas.

Kali ini, ada satu lagi kontinjen turut menarik perhatian pengunjung dengan gelagat lucu dan rawak mereka sewaktu acara perbarisan terbabit.

Pada acara lintas kali kini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya mencuit hati rakyat Malaysia dengan aksi pegawai yang ‘masuk air’.

Menerusi salah satu video kiriman pengguna TikTok Siti Farhanah (@sitifarhanah786) memperlihatkan dua orang pegawai Kastam sedang berdiri di atas sebuah bot. Bot berkenaan dibawa untuk menyertai perarakan tersebut.

Salah seorang daripadanya berkomunikasi dengan pengunjung yang berada di kawasan tersebut sambil menunjukkan ke arah rakannya.

Manakala, rakannya di sebelahnya pula ‘posing‘ dengan menunjukkan bisep ala-ala ahli bina badan kepada khalayak ramai.

Selepas itu, mereka telah menghiburkan orang ramai dengan beberapa ‘posing‘ lain dan mengundang sorakan meriah daripada pengunjung.

@sitifarhanah786

Thats how you show off your friend 🥹❤ #abekastam #merdekaputrajaya2023 #malaysia #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #merdeka

♬ original sound – Siti Farhanah – Siti Farhanah 🍍

Gelagat lucu abang Kastam semasa perarakan Hari Kemerdekaan, curi tumpuan orang ramai

Gelagat lucu dua pegawai Kastam ini telah menarik perhatian warga maya apabila video tersebut meraih 376.8K jumlah tontonan di TikTok.

Pada masa yang sama, video tersebut mendapat kira-kira 48.1K likes dan 587 komen dari para pengguna TikTok.

Rata-rata, pengguna TikTok terpukau dengan ‘kecomelan’ pegawai Kastam yang sangat ‘supportive‘ dalam menunjukkan kebolehan rakannya.

Mereka juga terhibur dengan ‘bakat terpendam’ abang Kastam dalam menghiburkan orang ramai ketika acara tersebut berlangsung.

“Tak sangka geng uniform ni semua ada bakat kelakar semuanya…,” tulis komen pengguna TikTok.

“Abang Bomba kalah dengan yang ni. COMEL NYA,” komen pengguna lain.

“Bapa siapa ni? Comel sangat,”

Bukan itu sahaja, sebuah video tular yang memaparkan dua pegawai Kastam lain meniru aksi ‘signature‘ Cristiano Ronaldo, Siu di atas bot turut mencuri tumpuan.

@sinar_my Disebabkan semua dah belanja love. Abang Kastam kita belanja siu pula 😂 Steady! #SINARKongsi #DemiNegaraku #fypシ #xyzbca #harikebangsaan #harikebangsaan66 #kastam ♬ original sound – SINAR

Beberapa warga maya berpendapat, tahun ini menjadi milik abang Kastam apabila mereka berjaya menjadi tumpuan utama dalam sambutan Hari Kebangsaan kali ini.

BACA: Guna Dua Bahan Mudah, Ini Cara Matikan Rumput Tanpa Guna Racun

Sumber: sitifarhanah786 via TikTok

The post Viral Gelagat Lucu Abang Kastam, Tolong “Support” Kawan Nak “Possing” Masa Perarakan appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *