Satu kejadian tragis dan menyayat hati menyelubungi rakyat Malaysia apabila melihat nasib Abdur Rahman Amir Ruddin, 19 yang menjadi anak yatim piatu dalam sekelip mata sahaja.

Memetik laporan Harian Metro, Kesemua ahli keluarganya termasuk kedua ibu bapanya Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, yang terbunuh bersama empat lagi adiknya, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan hujung minggu lalu.

Artikel Berkaitan : “Biar dia mengadu pada Allah” –  Anak Sulung Mangsa Kemalangan Nahas 6 Beranak Ditawar Pergi Umrah

Artikel Berkaitan : Nahas 5 Kenderaan: Arwah Mahu Gambar Beramai-ramai Buat Kenang-kenangan Jika Pergi Dulu

Sudah semestinya, ramai bersimpati dengan nasib mangsa dan ia perhatian ramai pihak sampaikan ada pihak media membuat liputan mengenai hal ini.

Dalam kesedihan yang dirasai, ada kemarahan yang timbul dalam kalangan netizen apabila tindakan seorang jurufoto ini.

Video yang dimuat oleh media tempatan itu memperlihatkan para jemaah sedang membaca doa disamping kesemua jenazah mangsa terdampar di hadapan mereka sebelum ada seorang jurufoto pergi ke hadapan jemaah untuk mengambil foto.

Rata-rata netizen di platform media sosial X meluahkan rasa kurang senang melihat tindakan jurufoto itu.

Screenshot 2023 09 04 152229 Screenshot 2023 09 04 152554 Screenshot 2023 09 04 152613 Screenshot 2023 09 04 152651

Bagaimanapun, ada sumber yang berpendapat mereka hanya menjalankan tugas mereka untuk diselesaikan iaitu membuat laporan bukan untuk kepentingan diri.

Sumber : Harian Metro, X

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *