Siapa tak kenal dua sosok insan yang berjiwa rakyat ni? Gelagat Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong (RPA), Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang sporting dan mencuit hati.

Tumpuan rakyat terhadap bagida bertambah sepanjang tempoh menjalankan program Kembara Kenali Borneo di Sabah dan Sarawak, kali ini tular di media sosial YDPA, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah santai ‘karaoke’ lagu jiwang di sebuah majlis di Sabah.

Artikel berkaitan: “Jalan sini teruk ya?” – Permaisuri Agong ‘Take Note’ Aduan Rakyat Sabah Mengenai Jalan Di Sabah

Artikel berkaitan: Raja Permaisuri Agong Terharu Lihat Sambutan Rakyat Sabah, Sanggup Duduk Tepi Jalan Nak Bersalam

Video yang dimuat naik oleh Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Dato’ Phoong Jin Zhe di TikTok beliau @gingerphoong itu telah meraih lebih sejuta tontonan dalam masa 2 hari.

@gingerphoong

Had a great night with YDP Agong 👑

♬ original sound – Phoong Jin Zhe – Phoong Jin Zhe

Baginda telah berkenan untuk menyanyikan lagu legend kumpulan Spring iaitu Butakah Cinta. Turut bersama di atas pentas, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan putera dan puteri kesayangan mereka kelihatan gembira menemani Baginda.

Di akhir video, segelintir para penari tradisional dalam majlis tersebut telah naik ke pentas bersama-sama menyanyi dan mengambil swafoto bersama sultan kesayangan mereka. Ada juga yang memegang erat tangan YDPA ketika menyanyikan lagu jiwang itu.

Sedap suara Tuanku – Netizen

Menjengah di ruangan komen, pelbagai reaksi warganet memuji tindakan sempoi dan bersahaja kedua-dua Baginda yang menyantuni rakyat jelata. Ada yang mendoakan agar Baginda sentiasa sihat dan dipanjangkan umur.

Agong 4 Agong 3 Agong 2 Agong 1

Untung rakyat Sabah, dapat dengar LIVE Agong nyanyi lagu jiwang! Kitaorang kat sini jeles!

Sumber: TikTok

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *