Seperti yang kita sedia maklum, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sangat disenangi oleh rakyat jelata kerana mereka cukup sinonim dengan sikap mereka yang merendah diri untuk sentiasa ‘turun padang’.

Baru-baru ini, baginda  sekeluarga terlibat dalam satu program yang dikenali sebagai Kembara Kenali Borneo dimana mereka akan melakukan penjelajahan ke Sabah dan Sarawak, ia bertujuan untuk membantu menghakis perasaan kewilayahan dan kenegerian antara rakyat di Semenanjung dengan negeri di bawah bayu dan bumi kenyalang itu, lapor Astro Awani.

Artikel Berkaitan :“Jalan sini teruk ya?” – Permaisuri Agong ‘Take Note’ Aduan Rakyat Sabah Mengenai Jalan Di Sabah

Artikel Berkaitan : Raja Permaisuri Agong Terharu Lihat Sambutan Rakyat Sabah, Sanggup Duduk Tepi Jalan Nak Bersalam

Susulan itu, dapat dilihat banyak video menunjukkan baginda sekeluarga meluangkan masa bersama rakyat di media sosial dan terbaru ini, video memperlihatkan baginda ‘lepak’ bersama rakyat di warung menjadi perhatian.

Menurut perkongsian di TikTok, dapat dilihat Permasiuri Agong bersama ahli keluarga berada si sebuah gerai bersama-sama rakyat jelata, meraka beramah mesra sambil makan kerpok.

@paiptersumbat

Replying to @opalneria85 Alhamdulillah #fyp #agong #ydpa

♬ original sound – Paiptersumbat – Paiptersumbat

Dalam video lain, dikatakan baginda turut memberikan sumbangan kepada peniaga-peniaga gerai sebuah kampung yang terletak di Kunak, Sabah.

@azuaneffendy8

Mesra bersama rakyat #kembarakenaliborneo #agongkita #permaisuriagong #aramaiti #sabahantiktokers #bolehbahkalaukau

♬ original sound – Azuan Effendy888 – Azuan Effendy888

Dalam masa 23 jam, video ini telah meraih lebih daripada 200K jumlah tontonan dan rata-rata netizen begitu kagum melihat baginda yang berjiwa rakyat. Bahkan, ada juga yang suka melihat gelagat mereka.

Screenshot 2023 09 05 174514 Screenshot 2023 09 05 174540 Screenshot 2023 09 05 174612

Bestnya, tak ada pun diversity antara baginda dnegan rakyat, tak kisah makan bersama-sama dengan rakyat.

Sumber : TikTok @paiptersumbat / @azuaneffendy8

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *