Meskipun isu ini telah lama diam dari media sosial, tindakan rapper terkenal Caprice memuat naik video memaklumkan bahawa dia bakal menemuramah Mondy dalam sesi podcastnya telah mengundang perbualan hangat netizen.

Walaupun ramai yang kurang pasti apa yang bakal didedahkan dalam podcast tersebut, namun ada yang mengagak ia berkaitan seorang pendakwah bebas terkenal berikutan satu lagi video yang dimuat naik Caprice semalam.

Artikel berkaitan: “Punya seram & sedih” – [VIDEO] Mondy Menangis Ketika Temubual Dengan Caprice?

Artikel berkaitan: Sebelum Ini Pernah Tular Dibantu Ebit Lew, Kini Mondy Tampil Tidak Bertudung?

“Lo ngak tahu betapa jahatnya dia, kotornya dia seperti apa…” 

Menerusi teaser podcast yang dimuat naik Caprice, ia memaparkan Mondy meluahkan rasa terkilannya atas apa yang berlaku semasa dia bersama individu yang didakwa pendakwah tersebut.

Menurut Mondy, dia sering dipersalahkan atas yang berlaku, walau bagaimanapun tidak ramai yang tahu apa yang dialaminya semasa bersama individu terbabit selama dua bulan lamanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Biar semua orang itu tidak menyalahkan aku. Aku mahu membela diri aku. Orang-orang tu tak tahu apa yang aku alami, aku dengan dia. 

“Yang kamu tahu, dia baik, dia belikan aku ini, dia beri aku duit. Tapi kamu tidak tahu yang berapa jahatnya dia, kotornya dia itu seperti apa,” katanya.

Tambah Mondy lagi, setelah dua bulan tinggal dengan individu itu, dia memutuskan untuk pulang namun ‘ditahan’ untuk tinggal seminggu lagi atas pelbagai alasan sehinggalah dia mengugut mahu menghubungi pihak kedutaan Indonesia.

“Boleh percaya ke perempuan ni?” 

Pendedahan itu walau bagaimanapun telah mengundang rasa tidak senang netizen yang mempersoal sama ada apa yang diceritakan Mondy boleh dipercayai atau tidak.

Malah ada juga yang meminta Caprice untuk berhenti daripada memberi ‘spotlight’ kepada orang-orang seperti Mondy dan menganggap pendedahan seperti ini hanya akan membuka lebih banyak aib.

Kecam Mondy

Temuramah eksklusif bersama Mondy ini akan ditayangkan pada Jumaat ini, jam 9.00 malam di saluran Youtube Caprice.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang apa yang nak didedahkan Mondy, kenalah tunggu Jumaat ni.

Sumber: Instagram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *