Siapa tidak kenal dengan figura yang membawa Harimau Malaya ke tahap yang lebih baik hari iaitu Kim Pan Gon. Beliau telah menjadi bualan penyokong Malaysia sejak dilantik FAM, tambahan pula selepas seri 3-3 dengan Korea Selatan baru-baru ini.

Kim Pan-Gon adalah seorang jurulatih yang berasal dari Jinju Korea Selatan. Dilahirkan pada 1 Mei 1969 dan kini telah menjangkau usia 55 tahun. Beliau memulakan karier prosfesional sebagai pemain dengan mewakili kelab Ulsan Hyundai apabila beliau mencuri tumpuan jurulatih kelab itu, Cha Bum-Kun pada 1992 ketika berusia 23 tahun.

Sepanjang bersama Ulsan, beliau telah menjaringkan lima gol dalam58 penampilan. Pencapaian peribadi paling cemerlang beliau ketika mewakili kelab Double Flower yang beraksi di divisyen ketiga liga Hong Kong. Beliau menjaringkan 19 gol dalam 67 penampilan sebagai pemain sayap.

Mulakan Karier Jurulatih Ketika Penghujung Karier Sebagai Pemain

Karier beliau sebagai pemain berakhir di kelab Buller Rangers pada tahun 2004 ketika berusia 35 tahun. Ketika bersama Buller Rangers, beliau sudah memulakan karier sebagai jurulatih dalam satu masa.

Kemudian berhijrah ke beberapa kelab termasuk melatih pasukan bawah 23 tahun Hong Kong dan pasukan senior Hong Kong sehingga 2010 dan kembali ke pangkuan Hong Kong pada 2012 sehingga 2017.

Beliau menyepi seketika dan tidak mengambil sebarang tawaran sebagai jurulatih sehinggalah beliau ditawarkan jawatan jurulatih Harimau Malaya selepas tan Cheng Ho meninggalkan ‘kerusi panas’ itu.

Kim Pan Gon ditemu duga oleh barisan kepimpinan FAM termasuk Presiden Datuk Hamidin Mohd Amin sebelum dipilih. Menurut Hamidin, FAM memilih Kim Pan Gon kerana beliau memiliki kesungguhan dan membuat kajian teliti sebelum ditemu duga mengenai liga Malaysia dan pasukan Harimau Malaya.

Tular Video Ketika Muda

Ketika nama beliau meniti di bibir penyokong Malaysia, tular pula video Kim Pan Gon ketika usia muda bersama isteri dan anaknya. Video itu adalah dari sebuah stesen tv yang menemu bual mengenai kehidupan beliau.

Dalam video itu Kim Pan Gon ada menyatakan bahawa isteri dan anaknya lebih suka tinggal di Hong Kong berbanding di Korea Selatan. Keluarganya juga bebas ke mana-mana sahaja ketika di Hong Kong berbanding Korea Selatan.

Sumber: Penyokong Sukan Johor – PSJ

The post Video Kim Pan Gon Ketika Muda Tular, Ramai Puji Kacak appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *