Tidak dapat dinafikan, taraf hidup kini semakin meningkat. Ramai orang muda khususnya, memilih untuk melakukan 2 ke 3 kerja bagi menampung perbelanjaan seharian.

Antara pekerjaan yang sering dijadikan side job termasuklah menjadi penghantar makanan, bercakap mengenai penghantar makanan, hari ini tular sebuah video yang memaparkan seorang rider terpaksa berjalan kaki selepas motosikalnya disita pihak berkuasa.

Cats 24

Video penuh klik di sini. 

Dalam video itu, kelihatan beberapa buah motosikal lain turut disita oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), lalu seorang rider penghantar makanan bertindak beredar dari kawasan tersebut dengan berjalan kaki.

Menurut Sinar Harian, kejadian tersebut difahamkan berlaku dalam satu sekatan jalan raya yang dilakukan oleh JPJ di sebuah jalan dekat Nilai, Negeri Sembilan.

Pun begitu, pihak JPJ dalam sebuah kenyataan menerusi media sosial memberitahu individu berkenaan tidak mempunyai cukai jalan serta insurans.

2

“Merujuk pada video di atas, lesen kenderaan motor (LKM) telak tamat tempoh dan insurans tiada, oleh sebab itu JPJ menahan dan sita untuk mengelakkan rider tersebut berlaku kemalangan dan sebagainya disebabkan tiada insurans tersebu,” tulisnya.

Selain itu, pihak JPJ turut berkata tindakan itu juga sebahagian dari langkah berjaga-jaga jika berlakunya kemalangan.

Sumber: Sinar Harian, Twitter

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *