Pasangan suami isteri mana yang tidak sedih apabila terpaksa berjauhan sesama sendiri demi tanggungjawab yang dipikul.

Terbaru, posting yang dimuat naik oleh pelakon dan pengacara terkenal Nurul Jannah Muner atau lebih dikenali sebagai Janna Nick membuatkan ramai tersentuh apabila dia dan suaminya, Dini Schatzmann terpaksa berpisah sementara kerana Janna Nick ingin menunaikan umrah.

Dalam video yang dimuat naik di Instagram miliknya itu, Janna dan suaminya dilihat berpelukan dengan penuh kesayuan kerana perlu berpisah sementara dengan cinta hatinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

“Hardest goodbye. Jaga diri @dinischatzmann. Jangan gatal gatal kalau nak hidup lama k,” selorohnya di kapsyen.

Pun begitu, posting pelakon Kimchi Untuk Awak itu membuatkan seorang pelakon senior memberikan teguran kepadanya.

Dalam ruangan komen, Sulaiman bin Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over berpesan kepada pasangan yang baru berkahwin itu agar tidak terlalu menunjuk-nunjuk kemesraan mereka meskipun sudah berkahwin.

Img 0753 1

“Walaupun suami isteri, tapi kalau niat ingin menunjuk-nunjuk pada orang ramai yang kita ni pasangan bahagia, tunggulah balasan daripada Allah,” tulisnya.

Janna Nick bagaimanapun tidak membalas komen pelakon senior itu dan setakat artikel ini ditulis belum ada apa-apa kenyataan susulan dari kedua-dua belah pihak.

Sumber: Instagram 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *