Semalam tular di media sosial sebuah video yang memaparkan seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dirempuh sebuah motosikal sehingga menyebabkan kecederaan.

Kejadian itu difahamkan berlaku di Kilometer 28 Lebuhraya Seremban Port Dickson (SPDH) menghala ke Port Dickson, Negeri Sembilan pada Ahad.

Dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 11 pagi itu, anggota JPJ difahamkan sedang melakukan Operasi Penguatkuasaan Sekatan Jalan Raya (SJR) di lokasi tersebut.

Artikel berkaitan: “Saya sendiri serah kunci & motosikal untuk disita” –  Penunggang P-hailing Kongsi Kisah Sebenar

Artikel berkaitan: “Dah 7 bulan saudara” – Dituduh Hilang Timbang Rasa Dekat Food Rider, JPJ ‘Sound Setepek’

Pihak JPJ mengeluarkan sebuah kenyataan memberitahu anggota JPJ tersebut mengalami kecederaan pada otot leher, kepala serta bengkak pada tangan dan kaki, namun dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Port Dickson.

Clipboard0 Horz

“Hasil pemeriksaan x-ray dijalankan, pihak hospital mengesahkan kecederaan yang dialaminya tidak serius dan dibenarkan pulang sebaik selesai menjalani rawatan,” katanya.

Lebih mengeruhkan keadaan hasil siasatan mendapati motosikal tersebut mempunyai dua senarai hitam yang masih aktif dan diambil tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Kesalahan yang dilakukan adalah lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh pada 18 Julai 2012 dan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 23 (1) APJ 1987 serta tiada perlindungan insurans (Seksyen 90 (1) APJ 1987).

Selain itu, lelaki ini turut disenarai hitam atas kesalahan tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) mengikut Seksyen 6 (1) APJ 1987 serta tindakan sita mengikut Seksyen 64(1) APJ 1987,” katanya.

Susulan itu, penunggang motosikal berusia 25 tahun itu diserahkan kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk tindakan lanjut.

Sumber: Berita Harian

Sumber: JPJ

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *