Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) terkejut apabila kos bayaran membaiki keretanya hanya RM1.

Terkejut dengan perkara itu, M Rajandran Kumar, 59, berkata, keretanya yang berusia 12 tahun lalu itu mengalami kerosakan enjin dan anggaran kos baik pulih RM2,000 hingga RM3,000.

Malangnya, dia tidak dapat bekerja sejak beberapa bulan lalu akibat patah kaki ketika bekerja.

Pemilik bengkel Makhdad Workshop, Sheikh Muhammad Makhdad Harun, 49, atau lebih dikenali Pak Ngah hanya meminta RM1 kerana prihatin dengan masalah yang dihadapi Rajandran.

Dia berkata bantuan ini tanpa mengira bangsa dan bayaran RM1 ini sebagai simbolik kepada bantuan diberikan.

“Kereta ini penting untuk kami tiga beranak bergerak kerana ini sahaja kenderaan yang saya miliki.

“Sebelum datang ke bengkel kereta Makhdad ini, saya pergi ke beberapa bengkel kereta namun tidak mampu dengan bayaran ditetapkan.

“Seorang jiran kemudian bawa saya ke sini (bengkel Makhdad Workshop). Terima kasih kepada Pak Ngah dan semua staf (mekanik) di sini yang menyumbang barangan (alat ganti) hingga kereta saya siap dibaiki.

Artikel berkaitan: Guna Laluan Kereta Di Highway, Penunggang Basikal Dirempuh Dari Belakang

Artikel berkaitan: Ibu Suruh Panaskan Enjin Kereta, Remaja Tertekan Pedal Minyak Hingga Rempuh Medan Selera

Rajandran Kumar yang menetap di Cheng Mutiara berkata, dia sekeluarga hanya bergantung kepada wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan dan bersyukur apabila kereta itu dibaiki dalam tempoh seminggu.

“Selepas ini mudahlah saya bergerak lebih-lebih lagi anak yang berusia 21 tahun juga OKU.

“Saya doakan Tuhan murahkan rezeki mereka yang membantu kami,” katanya.

Menurutnya, pada 2021 dan 2022 dia pernah membantu seorang lelaki warga emas serta ibu tunggal dengan menjual kereta Proton Iswara Aeroback dan Perodua Kancil terpakai.

Bersimpati dengan kesempitan hidup dialami mereka, dia menjual dengan harga RM1.

Kredit: Harian Metro

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *