tiktok aplikasi dunia

TikTok Dinobat Aplikasi Nombor Satu Dunia, Kalahkan Instagram & WhatsApp

Perbezaan hanya dua juta, platform media sosial China, TikTok telah dinobatkan sebagai aplikasi dunia selepas merekodkan 54 juta muat turun baharu, mengalahkan Instagram pada Ogos lalu, lapor CNN Indonesia.

Difahamkan, platform popular itu juga telah berjaya mengatasi Instagram, yang berada di kedudukan teratas sejak Disember tahun lalu.

Instagram yang berada di tempat teratas telah berubah kepada kedudukan kedua dengan jumlah muat turun sebanyak 52 juta di App Store dan Play Store, menurut laporan App Figure.

Sementara itu, Facebook, WhatsApp dan Telegram masih kekal berada di tangga lima teratas sebagai aplikasi yang paling kerap dimuat turun pada bulan lepas.

Telegram yang dahulunya berada di kedudukan tercorot mula menunjukkan peningkatan secara konsisten sejak beberapa bulan.

Selepas berjaya memiliki jumlah 25 juta muat turun baharu, Telegram akhirnya berjaya mencapai kedudukan lima teratas, sementara Facebook dan WhatsApp masih mengekalkan tempat mereka.

Sebanyak 42 juta muat turun telah direkodkan daripada Facebook, manakala WhatsApp telah dimuat turun sebanyak 37 juta kali dalam tempoh itu.

Jika diperincikan, di App Store, TikTok memuncaki tempat pertama dengan jumlah muat turun sebanyak 16 juta di App Store.

Dalam pada itu, dalam versi Play Store tempat pertama disandang oleh Instagram dengan jumlah muat turun sebanyak 42 juta.

Temu, yang merupakan aplikasi terbaru telah mendominasi carta App Store selepas muncul di kedudukan kelapan dengan 22 juta muat turun.

Aplikasi tersebut juga telah mempamerkan peningkatan positif sebanyak 50 peratus dalam Play Store, pada tahun 2023.

Bagaimanapun, aplikasi baharu Meta, Threads yang pada awalnya mencatat peningkatan sewaktu pelancaran hanya merekodkan sebanyak 19 juta muat turun.

Berikut ialah senarai kedudukan aplikasi yang paling banyak dimuat turun di Google Play, App Store dan secara keseluruhan.

Kedudukan 10 teratas aplikasi yang paling banyak dimuat turun:

1. TikTok: 54 juta

2. Instagram: 52 juta

3. Facebook: 42 juta

4. Whatsapp: 37 juta

5. Telegram: 25 juta

6. CapCut: 25 juta

7. Snapchat: 22 juta

8. Temu: 22 juta

9. SHEIN: 21 juta

10. Whatsapp Business: 19 juta

Aplikasi yang paling banyak dimuat turun di Play Store:

1. Instagram: 42 juta

2. TikTok: 38 juta

3. Facebook: 35 juta

4. Whatsapp: 27 juta

5. Telegram: 18 juta

6. Snapchat: 17 juta

7. Whatsapp Business: 16 juta

8. SHEIN: 14 juta

9. CapCut: 14 juta

10. Messenger: 13 juta

BACA: KKD Teliti Keperluan Melesen Platform TikTok, Meta, Google – Fahmi

Aplikasi yang paling banyak dimuat turun di App Store:

1. TikTok: 16 juta

2. Temu: 12 juta

3. CapCut: 11 juta

4. Google Maps: 11 juta

5. Threads: 10 juta

6. Google: 10 juta

7. Instagram: 10 juta

8. Youtube: 9 juta

9. Whatsapp: 9 juta

10. Gmail: 8 juta

Sumber: CNN Indonesia

The post TikTok Dinobat Aplikasi Nombor Satu Dunia, Kalahkan Instagram & WhatsApp appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *