Tiga mangsa lemas

Tiga Mangsa Lemas Di Kolam Latihan Tentera Disahkan Anak Anggota

KUANTAN, 26 Jan (Bernama) — Identiti tiga mangsa lemas di kolam latihan sebuah kem tentera di Temerloh dekat sini dikenal pasti sebagai anak anggota di kem terbabit.

Mereka ialah Amar Mukhlis Mohd Anizan, 13, serta Aiman Syafiq Sudirman dan Muhammad Shafiq Aswad Shahril Naim, kedua-duanya berumur 11 tahun.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata kejadian itu diketahui selepas seorang rakan mangsa meminta tolong daripada anggota tentera sekitar 5.30 petang.

“Pasukan tentera yang tiba di kolam menemukan tiga helai baju di tepi kolam dan pencarian menjumpai mangsa pertama iaitu Aiman Syafiq pada 5.55 petang disusuli Muhammad Shafiq Aswad pada 6.10 petang dan Amar Mukhlis lima minit kemudian.

“Semua mangsa dikejarkan ke pusat perubatan di kem namun disahkan telah meninggal dunia oleh doktor di situ,” menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Mazlan berkata bedah siasat akan dilakukan esok di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh sebelum jenazah diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan di Bachok dan Pasir Puteh, Kelantan.

Beliau berkata lokasi kejadian adalah kawasan larangan dan pihak tentera telah menutup tempat itu.

Siasatan awal juga mendapati tiada unsur jenayah dalam insiden itu dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut setakat ini.

Terdahulu, bomba melaporkan dua kanak-kanak dan seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas disyaki mandi di kolam latihan kereta kebal sedalam tujuh kaki (kira-kira 2.1 meter) di sebuah kem tentera di Temerloh.

Sumber: BERNAMA

The post Tiga Mangsa Lemas Di Kolam Latihan Tentera Disahkan Anak Anggota appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *