The Coffee Bean & Tea Leaf®, pakar kopi dan teh yang terkemuka di dunia, melancarkan koleksi barangan baharu dengan kerjasama tokidoki, sebuah jenama ikonik yang terkenal dengan watak-watak yang berwarna-warni. Kerjasama sulung antara dua jenama itu akan mempersembahkan empat watak tokidoki – Donutella, Buddy Sip, Sandy, dan B-Dragon.

“Kami sangat teruja untuk membawa koleksi tokidoki yang eksklusif ini ke Malaysia! Komuniti kami yang pelbagai dan dinamik sangat menghargai kreativiti dan pengalaman unik, menjadikan tokidoki benar-benar sepadan dengan kami. Kami yakin, koleksi ini serasi dengan rakyat Malaysia yang menghargai bukan hanya kopi dan teh yang berkualiti tetapi juga ekspresi diri melalui reka bentuk yang berwarna-warni dan mengujakan,” kata Ketua Pemasaran & Inovasi The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, Fiona Rodrigues.

Ketua Pegawai Pemasaran Global The Coffee Bean & Tea Leaf®, Lisa Ransom berkata, “Kedua-dua jenama ini berkongsi komitmen yang sama terhadap kreativiti dan inovasi, dan kami percaya koleksi ini mencerminkan perkara itu. Kami tidak sabar untuk melihat pelanggan kami menikmati kopi dan teh kesukaan mereka dengan penuh gaya.”

Pemilik Bersama dan Artis tokidoki, Simone Legno, berkata, “Saya berbesar hati untuk bekerjasama dengan jenama ikonik seperti The Coffee Bean & Tea Leaf®. Sejak berpindah ke California 20 tahun yang lalu, saya telah menjadi peminat The Coffee Bean & Tea Leaf ®. Saya menghabiskan banyak masa bekerja dalam suasananya yang positif dan mesra. Saya kerap membeli kopi dalam perjalanan ke pejabat atau semasa waktu makan tengah hari. Saya juga sering menikmati minuman yang direka dengan teliti dan makanan yang sihat sambil mencari idea dan melukis. Kami sangat berbangga untuk menyatukan seni saya dengan sebuah jenama yang inklusif.”

Koleksi tokidoki bukan hanya koleksi barangan semata-mata, ia adalah penghayatan terhadap keunikan individu dan kreativiti. Jom kenali koleksi yang menakjubkan ini:

The post The Coffee Bean & Tea Leaf® dan tokidoki Perkenal Koleksi ‘Merchandise’ Dengan 4 Watak Ikonik appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *