abdul rahman quran

Terselit Nota Dinukil Arwah Ibu, Abdul Rahman Sebak Terima Al-Quran Milik Arwah Adik

Baru-baru ini, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu nahas yang meragut enam beranak di Jalan Segamat-Kuantan Jumaat lalu.

Insiden menyayat hati itu menyaksikan Norahimah Noor Muhammad, 43, Amir Ruddin Ismail, 46, dan empat anak iaitu Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10 dan Muhammad Assyakrawi, 5 meninggal dunia.

Mereka meninggalkan seorang anak sulung, Abdul Rahman Amir Ruddin dan seorang lagi yang turut terlibat dalam kemalangan itu Abdullah Amir Ruddin, yang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Segamat.

Sekelip mata segalanya berubah, pastinya ini merupakan ujian yang sangat getir untuk Abdul Rahman. Justeru, ramai yang menziarahinya untuk memberikan semangat dan tidak kurang juga membantunya.

Terbaru, menerusi perkongsian Hanif Jamaluddin di Facebook, Abdul Rahman tidak dapat menahan sebak apabila Al-Quran yang telah dihadiahkan oleh arwah ibunya kepada arwah adiknya diserahkan kepadanya.

Difahamkan, kitab suci itu merupakan hadiah daripada ibunya kepada arwah adik perempuannya (Fatimatulzahrah) sempena ulang tahun ke-16.

Gambar: FB Hanif Jamaluddin

“Sebak sangat rasa dada kami apabila Al-Quran ini diserahkan kepada Abdul Rahman oleh Ustaz Nawfal,” katanya.

Lebih menyentuh hati, di atas Al-Quran tersebut tertera pesanan daripada arwah ibunya kepada arwah Fatimatulzahrah.

سنة حلوة يا ابنتي عزيزة

Selamat hari lahir anakku yang dimuliakan.
Tahniah Kakak!
16 tahun sudah kakak bernafas dalam dunia ini.

اتمني لك النجاح فى الحياة و الدنيا

“Ibu mengharap kamu diberikan kejayaan dalam kehidupan dan urusan dunia kamu.

Ilmu itu Cahaya,
Tanpa cahaya pasti gelap dunia,
Timbalah ilmu walau dimana berada,
Susah senang itu adat dunia.
Berikhtiar dan berdoa itu “senjata” kita,

Jadi anak yang solehah, InsyaAllah…,” pesan arwah ibunya.

Gambar: FB Hanif Jamaluddin

Tambah Hanif, dia turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Abdul Rahman dan menyifatkan dia seorang insan yang hebat.

BACA JUGA: Nahas Di Segamat: Remaja 15 Tahun Masih Dirawat Di ICU

“Kamu insan hebat Abdul Rahman. Kamu diuji sedemikian rupa kerana Allah tahu kamu mampu. InsyaAllah pasti ada hikmah terbaik yang Allah telah susun buat dirimu dan adikmu.

“Seluruh manusia mendoakan kesejahteraan buat keluarga mu yang telah pergi, tempat mereka di syurga InsyaAllah.

“Adik yang sedang di ICU dimaklumkan sudah semakin baik dan sihat, semoga Allah berikan kesembuhan buat adik mu,” tulisnya yang sempat menziarah Abdul Rahman bersama kepimpinan DPPM petang semalam.

Terdahulu, jenazah enam beranak itu dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Ubudiah, Parit Jawa, Muar.

Sumber: FB Hanif Jamaluddin

The post Terselit Nota Dinukil Arwah Ibu, Abdul Rahman Sebak Terima Al-Quran Milik Arwah Adik appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *