Tragedi tanah runtuh Batang Kali merupakan satu detik hitam buat seluruh rakyat Malaysia, tragedi yang berlaku pada bulan Disember tahun lalu itu menyaksikan kematian 31 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah serta guru dan pekerja.

Ketika operasi menyelamat tragedi itu, seekor anjing pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikenali sebagai Blake menjadi perhatian ramai dek kerana haiwan itu membantu banyak dalam mencari mangsa-mangsa tragedi tersebut.

Artikel berkaitan: Blake & Kawan-kawan Terima Pingat ‘Golden Performance’ Atas Penglibatan Operasi SAR Tragedi Batang Kali

Artikel berkaitan: [VIDEO] Jadi ‘Highlight’ Perbarisan Hari Kebangsaan, Ramai Teruja Nak Tengok Gelagat Anjing K9

Malangnya, Blake yang merupakan seekor anjing baka English Springer Spaniel disahkan menghidap barah limfoma pada 15 Ogos 2023 dan semalam anjing pengesan itu telah pun ditidurkan (euthanized) lalu meninggalkan kita buat selamanya.

Menurut X Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Blake dimasukkan ke wad Anjing Kesayangan di Fakulti Veterinar, University Putra Malaysia (UPM) selepas disahkan menghidap penyakit itu.

Pada 14 September, Blake didapati hilang selera makan dan kelesuan selain dan dibawa ke hospital selain mendapatkan perkembangan berkaitan barah dihadapi anjing tersebut.

Sebagai info, selain menjadi hero dalam misi menyelamat di Batang Kali, Blake juga telah banyak menyumbang kepada kejayaan operasi pencarian yang dijalankan oleh JBPM di seluruh negara antaranya mengesan mangsa lemas di Tol Batu 13, Lorong 16, Kampung Kenangan, Selangor.

Terima kasih Blake…

Sumber: X

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *