youtuber kad uno reverse

Terhibur, Youtuber Keluarkan Kad Uno “Reverse” Lepas Dilayangkan Kad Kuning Oleh Pengadil

Tindakan seorang youtuber Max Fosh yang memberi kad Uno ‘reverse’ kepada pengadil semasa perlawanan bola sepak amal Sidemen FC pada Sabtu menjadi tular dan disifatkan sebagai perkara lucu yang pernah berlaku di padang.

Memetik Complex, dalam rakaman permainan pada minit ke-78, pengadil Liga Perdana dan FIFA, Mark Clattenburg mengeluarkan kad kuning kepada Fosh kerana gelecekannya membuatkan pemain pihak lawan jatuh.

Bagaimanapun, Fosh yang bermain untuk Youtube All-Stars membalas tindakan pengadil itu dengan memberi kad Uno reverse berwarna hijau.

Kredit: @pubity/X

Perkara tersebut membuatkan pemain di kedua-dua belah pihak serta peminat yang berada di Stadium London tertawa dengan detik lucu tersebut.

No way he just UNO reversed his Yellow card 😭#SidemenCharityMatch pic.twitter.com/uT7K4hPhxu

— Pubity (@pubity) September 9, 2023

Difahamkan juga, Sidemen FC berjaya mengawal permainan dengan mengalahkan Youtube All-Stars, 8-5.

Sementara itu, terdapat juga beberapa perkara mengggelikan hati berlaku melibatkan pemain Kai Cenat, di mana dia menjaringkan gol semasa berada di luar padang yang dikategorikan offside.

Ketika pengadil membatalkan permainan, Cenat tidak percaya gol yang dilakukan itu tidak dikira.

Perlawanan bola sepak amal itu dilaksanakan untuk menghormati kesihatan mental, kanser dan inisiatif kanak-kanak di Great Britain yang dihadiri lebih daripada 60,000 peminat.

Perlawanan sebelumnya menyaksikan YouTubers mengumpul lebih 5 juta untuk amal kebajikan.

Manakala, acara pada Sabtu telah mengumpul dua kali ganda untuk badan amal seperti Campaign Against Living Miserably (CALM), Teenage Cancer Trust dan Rays of Sunshine.

BACA: Dua Bekas Pemain Bola Sepak Negara Menang Dalam PRN

Perlawanan bola sepak amal itu turut disertai oleh youtuber lain seperti KSI, MR Beast, Miniminter dan Chris MD.

Terdahulu, youtuber IShowSpeed juga mencuri tumpuan selepas rakaman klip yang memaparkan peningkatannya dalam bola sepak telah meledak di media sosial.

Perkara itu membuatkan ramai berharap dia dapat memiliki kehebatan pemain bola terkenal dunia, Cristiano Ronaldo dan menghasilkan detik yang menakjubkan semasa perlawanan berlangsung.

Permainan tersebut turut disiarkan di YouTube dan di BoxParks di London serta Croydon.

Sumber: Complex

The post Terhibur, Youtuber Keluarkan Kad Uno “Reverse” Lepas Dilayangkan Kad Kuning Oleh Pengadil appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *