Kembara Kenali Borneo yang disertai Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini telah mendapat sambutan yang hebat daripada rakyat Sabah dan Sarawak.

YDP Agong dan Raja Permaisuri meluahkan rasa terharu mereka dengan sambutan yang diterima dan ada di antara warga Sabah dan Sarawak menyerahkan surat-surat aduan serta petisyen kepada baginda berdua.

51694066039 Agong

Artikel berkaitan: “Tuanku tidak marah” – Lelaki Sebut ‘Gung Salam Gung’ Syukur YDPA Tidak Marah Dengan Panggilan

Artikel penuh: “Terima kasih tunggu” – Rakyat Sabah Sanggup Berhujan, Raja Permaisuri Agong Doakan Tidak Demam

YDPA bukukan surat aduan rakyat Borneo, beri kepada PMX 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berucap pada Sambutan Hari Malaysia di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak pada Sabtu lepas berkata, beliau kini memikul tanggungjawab besar selepas Yang di-Pertuan Agong menyerahkan sendiri kesemua aduan yang dikemukan rakyat di sana kepadanya, lapor Astro Awani.

Saya selaku Perdana Menteri ‘terbeban’ dari lawatan itu (Kembara Kenali Borneo) kerana baginda berikan semua surat-surat yang dihantar terus kepada baginda Tuanku. 

“Begitulah kasih rakyat dan saya terpaksa pikul beban yang tebal (sambil berseloroh) dan saya nak berikan jaminan… Insya-Allah saya akan arahkan seluruh jentera teliti setiap surat dan akan kita cuba selesaikan sebaiknya,” katanya.

Tak cukup dengan itu, PMX juga berkongsi penghargaan YDPA yang menzahirkan rasa sebak apabila melihat sambutan rakyat Sabah dan Sarawak ketika sesi kembara berkenaan.

Baginda masih sangat terkesan, bicara dengan penuh perasaan, bergelinang air mata kerana terpegun dengan kasih sayang yang ditunjukkan rakyat kepada baginda berdua,” katanya.

Ucapan PMX yang tular di X telah mendapat pelbagai komen di netizen yang berharap aduan-aduan dari warga Sabah dan Sarawak dapat diambil tindakan sewajarnya.

Tebal

Jelajah selama 11 hari yang melibatkan sejauh 2,154 km itu telah menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak dan Brunei.

Ia juga julung kali diadakan bagi merealisasikan impian baginda berdua dalam mendekati rakyatnya di Borneo.

Sumber: X, Astro AWANI

Sumber: Astro AWANI

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *