musa hassan kahwin

Tan Sri Musa Hassan Kahwin Kembali, Selamat Bergelar Suami

SHAH ALAM — Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Puan Sri Qistina Lim.

Menerusi satu perkongsian akaun Facebook Izzat Hassan dipercayai ahli keluarga bekas KPN negara itu, majlis tersebut berlangsung di sebuah hotel di Shah Alam semalam.

Dalam hantaran tersebut turut dimuat naik beberapa gambar memaparkan suasana majlis berkenaan dengan kedua-dua raja sehari itu bersanding bersama.

Majlis kahwin itu turut dihadiri oleh tetamu lain yang dipercayai terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat.

BACA JUGA: “Semalam Pergi Sekolah, Hari Ni Kahwin,” Gadis Curi Tumpuan Kahwin Sehari Lepas Tamat SPM

“Syukur Alhamdulillah dan tahniah, Tan Sri Musa Hassan dan Puan Sri Qistina Lim.

“Anda (Musa) sentiasa menjadi idola, penasihat, pemimpin dan abang kepada saya.

“Selamat datang Kak Long Puan Seri Qistina dalam keluarga kami.

“Semoga mendapat mawaddah, rahmah dan kekal sehingga ke Jannah. Amin Ya Rabba Alamin,” katanya di platform media sosial berkenaan.

Info lanjut mengenai majlis kahwin Musa Hassan menyusul.

Sumber: Facebook Izzat Hassan

The post Tan Sri Musa Hassan Kahwin Kembali, Selamat Bergelar Suami appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *