harga minyak ucapan pru12

Tak Wajar Kaitkan Harga Minyak Semasa Dengan Ucapan Kempen PRU12 – Anwar

Putrajaya – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata harga minyak semasa tidak wajar dikaitkan dengan ucapan beliau ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2008.

Memetik Sinar Harian, Anwar menjelaskan bahawa harga minyak negara lebih tinggi berbanding negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi pada ketika itu.

“(Rakaman video) Yang mengatakan saya ulang hari ini menang, esok harga minyak turun.

“Saya sebut itu tahun 2008 kerana harga minyak di Arab Saudi sekitar 50 sen manakala kita RM1.80.

“Sekarang kos sudah bertambah RM2.05 di Arab Saudi dan kita RM2.95, minyak murah ini hanya di Brunei,” ucapnya di Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan pada Selasa.

BACA: Harga Diesel Di Semenanjung Ditetapkan RM3.35 Seliter Mulai 12.01 Tengah Malam Ini

BACA: Penjimatan Subsidi Diesel Dikembalikan Kepada Rakyat Melalui STR, Pengangkutan Awam – PM

Perdana Menteri turut menjelaskan Malaysia merupakan antara negara di Asia yang mempunyai kadar inflasi rendah. Pun begitu, ia tidak menjamin tiada kenaikan harga barangan walaupun beliau tidak inginkan ia berlaku.

“Saya nak maklum kepada saudara, kita fikir betul-betul, sekarang saya Perdana Menteri, saya tidak mahu kenaikan.

“Kalau kata kadar inflasi rendah, memang rendah tapi maknanya apa? Harga barang naik sikit.

“Saya tidak kata barang tidak naik. Tapi kadang-kadang dalam perbincangan kita (menyebut) Anwar kata barang tidak naik. Tak ada.

“Inflasi yang terendah di Asia maknanya kenaikan kecil masih berlaku,” katanya.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan subsidi bersasar bagi diesel bermula 10 Jun.

Kerajaan telah menetapkan harga runcit bahan api diesel pada RM3.35 seliter bermula pada jam 00:00 (12:00 tengah malam) pada Isnin, 10 Jun 2024 di stesen-stesen minyak seluruh Semenanjung Malaysia.

Susulan itu, tular semula video ucapan beliau ketika kempen PRU12 itu di media sosial mengenai harga minyak Malaysia pada ketika itu. Ia mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Sumber: Sinar Harian

BACA JUGA: Kena Tahu Beza Sunat & Wajib, Peserta Korban Tak Boleh Ambil Daging Dalam Keadaan Ini

The post Tak Wajar Kaitkan Harga Minyak Semasa Dengan Ucapan Kempen PRU12 – Anwar appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *