GST Najib Rafizi

Tak Tolak Perkenalkan Semula GST, Najib Tanya Rafizi “Kenapa Awak Tak Cakap Dari Mula?”

“Kenapa awak tak cakap dari mula?” Itu reaksi yang dikongsikan di laman Facebook Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berhubung kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Kenyataan itu dimuatnaik bersama tangkap layar yang memaparkan berita mengenai kenyataan Rafizi itu.

BACA: Kerajaan Tak Tolak Perkenalkan Semula GST – Rafizi

Perkongsian yang dipercayai ditulis oleh admin Najib Razak itu telah mendapat 12,000 tanda suka dan pelbagai komen dari netizen.

Terdahulu, Rafizi memaklumkan mengenai GST itu menerusi satu sidang media hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan akan mengutamakan strategi untuk meluaskan sumber hasil negara. Ia termasuk fokus ke arah membangunkan Cukai Keuntungan Modal, yang dijadualkan dilaksanakan pada 2024.

Imbas kembali, GST telah dilaksanakan pada 1 April 2015 di bawah pemerintahan Najib pada kadar enam peratus. Cukai itu dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk barang dan perkhidmatan yang diimport.

Ia adalah cukai kepenggunaan yang berasaskan kepada konsep nilai ditambah.

Pelaksanaan GST pada ketika itu telah menggantikan cukai kepenggunaan yang sedia ada iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST).

Dalam pada itu, pengiraan GST dilakukan pada akhir setiap tempoh bercukai di mana peniaga boleh menolak GST yang dibayar (cukai input) dari GST yang dikenakan (cukai output).

Jika cukai output melebihi cukai input, perbezaannya akan dibayar kepada kerajaan.

BACA JUGA: Adakan Perbincangan Santai, Anwar Terima Kunjungan Rajinikanth

Manakala, jika cukai input melebih cukai output, peniaga boleh menuntut pulang balik dari kerajaan.

Bagaimanapun, pelaksanaan GST digantung pada 1 Jun 2018 dan akhirnya dimansuhkan. Ia digantikan dengan sistem SST bermula 1 September 2018.

Pada tahun 2021, Najib pernah mencadangkan agar GST dilaksanakan semula apabila negara pulih daripada pandemik COVID-19.

Tegasnya, ia perlu dilaksanakan sekiranya ingin mencapai matlamat untuk mengurangkan jurang pendapatan, menarik pelaburan dan mengukuhkan kekuatan fiskal kerajaan.

“Kutipan hasil GST boleh diagihkan kepada B40 dan M40 dalam bentuk bantuan tunai rakyat yang jauh lebih besar berbandingi dengan nilai GST yang dibayar mereka,” katanya pada ketika itu.

Sumber: Facebook Najib Razak, JPA

The post Tak Tolak Perkenalkan Semula GST, Najib Tanya Rafizi “Kenapa Awak Tak Cakap Dari Mula?” appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *