kejar pengadil tak puas hati

Tak Puas Hati Dengan Keputusan Pengadil Dan Kalah, “Coach” Dan Pemain Kejar Pengadil

Sebuah video yang memaparkan aksi seorang jurulatih pasukan bola sepak tempatan mengejar pengadil perlawanan telah tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Yahaya Bin Hassan berkata, kejadian tular itu dikatakan berlaku pada 14 September lalu kira-kira jam 6.55 petang di padang bola sepak Taman Dr Seenivasagam.

Kejadian berlaku semasa perlawanan Liga Bola sepak anjuran Persatuan Bola Sepak Ipoh antara dua pasukan kelab bola sepak tempatan dalam perlawanan separuh akhir.

“Sekumpulan jurulatih dan pemain yang kalah dalam perlawanan bola sepak itu berasa tidak puas hati terhadap keputusan pengadil lalu mengejar pengadil-pengadil selepas perlawanan berakhir,” ujarnya.

Tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak

Walau bagaimanapun, tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak yang terlibat dalam insiden tersebut.

Selain itu, tiada sebarang pergaduhan atau kecederaan dilaporkan berlaku dalam kejadian tersebut.

Dalam pada itu, pihak polis turut memberi nasihat agar orang ramai tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi berkenaan insiden tersebut.

“Sehubungan dengan itu, pihak polis ingin memberi nasihat kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan maklumat palsu. Terutamanya mengenai rakaman video tesebut,” kata Yahaya.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Sumber: Facebook/Polis Daerah Ipoh

The post Tak Puas Hati Dengan Keputusan Pengadil Dan Kalah, “Coach” Dan Pemain Kejar Pengadil appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *