Bintang bola sepak Perancis, Kylian Mbappe telah hadir menyaksikan perlawanan pembukaan Piala Dunia Ragbi di Kota Paris, Perancis. Turut kelihatan bersama penyerang kelab Paris Saint-Germain itu adalah rakan senegaranya, Antoine Griezman dan Ousmane Dembele.

Ketika perlawanan antara Perancis dan New Zealand itu, Mbappe kelihatan agak keliru. Video reaksi yang agak ‘delay’ dari pemain ketika perlawanan ragbi sedang berlangsung oleh @RugbyWorldCupFR boleh dibawah.

Memetik sumber dari Goal.com, tuan rumah Perancis memulakan kejohanan itu dengan kemenangan, menewaskan New Zealand 27-13. Tidak pasti sama ada Mbappe memilih untuk berada di sana atau terpaksa berada di sana.

Screenshot 2023 09 09 At 4.08.33 Pm

Sekiranya beliau terpaksa untuk berada disana, tidak hairanlah beliau kelihatan sangat keliru. Tidak dinafikan sukan ragbi sedikit mengelirukan untuk difahami, lebih-lebih lagi untuk mereka yang baru mengenali sukan lasak itu.

 

Baca: “Saya tak cemerlang akademik” – Netizen Titip Kata Semangat Pada Atlet Ragbi Kedah Lepas Menang Emas Sukma

Screenshot 2023 09 09 At 4.06.31 Pm

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *