Suami berjauhan dengan isteri demi mencari rezeki, berikan nafkah dalam bentuk wang ringgit yang agak banyak supaya isteri dapat hidup selesa. Namun begitu, segala pengorbanan itu ternyata sia-sia setelah mendapati kecurangan isterinya.

Hati si suami bertambah remuk apabila dia dapat tahu apabila kekasih gelap isterinya itu sendiri mengakui bahawa dirinya bersama isteri pernah terlanjut.

Artikel Berkaitan : “Membohong je keje kau kan?” – Afiq Muiz Dedah Mesej Isteri Curang, Adik Dakwa Pernah Maki Ibu

Artikel Berkaitan : “Cepatlah jatuh talak” – Isteri Curang Dengan Doktor Minta Suami Ceraikan Sebab Nak ‘Join’ Party Janda-janda

Dalam perkongsian menerusi platform X, lelaki tersebut membuat luahan patah hati dan apabila dia diperbodohkan oleh isteri sendiri selama 8 tahun bergelar suami isteri.

Jelasnya, dia dapat tahu isterinya main kayu 3 apabila dia nampak isterinya itu hantar video tidak senonoh dirinya kepada majikan. Malah, lebih menyedihkan lagi, apabila lelaki ini terbaca mesej perbualan mereka, lelaki ini mendapati mereka sudah melakukan hubungan atas katil.

Pada waktu luahan dibuat (16 September 2023), dia hanya memikirkan mahu bercerai dengan isterinya. Hatinya kecewa kerana nafkah bulanan yang diberikan sebanyak RM8,000.

“Duduk laut berbulan tapi bini r*men dengan jantan lain.”

Dalam luahannya hari ini, lelaki tersebut menyatakan bahawa dia sudah melafazkan cerai terhadap isterinya. Segala bukti juga dia sudah simpan untuk lawan di pengadilan.

Katanya, boss kepada isterinya itu pun sudah bersemuka dengannya dan akui bahawa isterinya itu sedang hamilkan anak majikan. Dia akan maklumkan perkara ini dari semasa ke sama.

Kisahnya menjadi perhatian netizen dan rata-rata marah dengan sikap isterinya itu. Ada yang mendoakan agar lelaki ini menjumpai jodoh yang lebih baik apabila memulakan hidup baru.

Baca : X

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *