manchester united logo baharu

Manchester United Bakal Tampil Logo Baharu Musim Hadapan

MANCHESTER — Kelab Gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United bakal menampilkan logo baharu pada jersi pasukan pada musim 24/25.

Difahamkan, syarikat teknologi Qualcomm Snapdragon bakal menjadi penaja utama The Red Devils pada tiga jersi United. Ia termasuk jersi laman sendiri, tempat lawan, dan jersi ketiga bagi pasukan lelaki dan wanita.

Kolaborasi United & Qualcomm

Sebelum ini, kelab berkenaan sudahpun mempunyai beberapa kerjasama dengan Snapdragon. Dengan perjanjian terbaharu ini, kerjasama antara kedua-dua syarikat terus diperkukuh.

The Red Devils ketika ini mengenakan logo utama yang ditaja oleh TeamViewer, bermula sejak musim 2021/2022. Manakala Kohler sebagai penaja pada bahu jersi United telah digantikan dengan DXC Technology sejak musim lepas.

Gambar: Ig Manchester United

BACA JUGA: Kes Antony Letakkan Man United Dalam Tekanan, Ramai Menanti Tindakan Yang Bakal Diambil

Qualcomm Snapdragon

Untuk pengetahuan, Qualcomm Snapdragon telah ditubuhkan sejak November 2007. Syarikat teknologi ini berkembang maju dengan penghasilan cip pemprosesan untuk telefon pintar, komputer, peranti permainan dan pelbagai teknologi lain.

Masalah Kecederaan Pemain

Dalam jendela musim panas baru-baru ini, United telah membawa masuk enam muka baharu dan seorang bekas pemain kelab itu dengan nilai £183 juta.

Antara pemain yang dibawa masuk pengendali United, Erik Ten Hag termasuklah Andre Onana, Mason Mount dan Rasmus Hojlund, Altay Bayindir, Jonny Evans, Sergio Reguilon dan Sofyan Amrabat.

Pasukan itu kini dibelenggu dengan masalah kecederaan pemain melibatkan beberapa tonggak utama seperti Mason Mount, Tyrell Malacia, Luke Shaw dan pemain muda Kobbie Mainoo.

The Red Devils kini menduduki tangga ke-11 liga dengan mengumpul enam mata dari dua kemenangan dari empat perlawanan.

Dalam perkembangan lain, salah seorang tonggak utama kelab, Antony ketika ini turut berdepand dengan siasatan berhubung beberapa dakwaan yang dibuat oleh bekas kekasihnya.

Pemain yang bermain di posisi sayap penyerang itu antaranya didakwa melakukan keganasan domestik terhadap wanita berkenaan.

BACA JUGA: Kes Disiasat Polis, Brazil ‘Gantung’ Penyerang Sayap MU, Antony Dari Skuad Kebangsaan

Sumber: Manchester Evening News

The post Snapdragon Sah Jadi Penaja Logo Utama Jersi Man. United Musim Depan appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *