Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjelaskan bahawa semua penjawat awam sedia ada yang memilih untuk menggunakan skim pencen tidak akan terkesan sistem saraan perkhidmatan awam yang akan dimuktamadkan.

Jelasnya dalam sidang media pertamanya di Putrajaya hari ini, kerajaan komited dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan penjawat awam dan persara sentiasa terbela.

Artikel berkaitan : Isu Pemansuhan Pencen Bagi Penjawat Awam Baharu Juga Terpakai Kepada Ahli Politik – PM

Artikel berkaitan : Sudah Pencen 20 Tahun Lalu, Guru Di Indonesia Aktif Mengajar Matematik Di TikTok

“Saya ingin menekankan daripada segi pencen kerajaan tidak berhasrat untuk mengubah (skim pencen) kepada mereka yang dah ada, jadi kalau penjawat awam itu dah bekerja dengan kerajaan tiada apa akan bertukar, mereka yang baru masuk, dia akan masuk secara kontrak buat masa sekarang.”

“Siapa yang dah ada dalam sistem sekarang kita tak ubah, itu adalah janji yang kita telah buat.”

Screenshot 2024 01 26 170933

Beliau turut menarik perhatian bahwa dari segi pengurusan kewangan negara, sebanyak 48 peratus belanjawan negara telah disalurkan kepada emolument dan pencen.

“Jika dapat ringankan beban yang ada, boleh salur kelebihan tu kepada bahagian lain yang penting untuk rakyat dan negara seperti pendidikan dan kemudahan infrastruktur yang lebih baik.”

Jelas beliau beliau lagi, kerajaan memahami peranan penjawat awam dalam pentadbiran negara penting dan justeru itu kerajaan komited menambah baik kebajikan penjawat awam seperti bonus RM2,000 yang akan dibayar pada bulan depan.

Malah, kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM2.4 bilion untuk membina, menyelenggara dan membaik pulih kuarters penjawat awam, guru, hospital, anggota polis, tentera dan bomba.

Katanya, kerajaan juga akan memuktamadkan pelarasan gaji penjawat awam tahun ini selepas kajian Sistem Saraan Perkhimatan Awam (SSPA). Secara keseluruhan, kerajaan peka dan akan buat yang penting untuk kebaikan penjawat awam.

Sumber : BERNAMA

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *