Kereta-kereta individu kenamaan di jalan raya biasanya akan diiringi oleh pihak polis atau lebih dikenali dengan terma escort polis.

Pengiring ini selalunya ada bagi membantu melancarkan perjalanan orang kenamaan selain menjaga keselamatan mereka di jalan raya.

Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan beberapa buah kereta serta motosikal escort sedang bertugas, namun apa yang menarik perhatian ialah sebuah kereta yang mengekor terlalu rapar sehingga terlanggar salah satu kereta pengiring tersebut.

Rakaman dashcam pengguna kereta lain itu tular dan rata-rata mengkritik perbuatan kereta awam yang terlalu gopoh sehingga menyebabkan pelanggaran.

Lebih menggerunkan, sejurus individu tersebut melanggar kereta escort itu, kesemua anggota polis dalam kereta berkenaan keluar dari kereta itu.

“Menggigil mat” 

Rakaman video berdurasi 49 saat itu mengundang kritikan ramai netizen, malah ada juga yang menyamakan situasi itu seperti dalam permainan video Grand Theft Auto.

Cats 79

Setakat artikel ini ditulis, rakaman tersebut sudah mendapat lebih 50K tontonan di Twitter (X), pun begitu masih belum ada kenyataan dari mana-mana pihak mengenai video tersebut.

Fuh, kita yang lemah lutut tengok

Baca: “Nasib baik ada dashcam” –  Individu Baring Atas Jalan, Pura-pura Dilanggar Kini Diburu Polis

Baring Atas Jalan 1

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *