bayar ptptn guna kwsp

Siapa Yang Ada Tunggakan PTPTN Baca Ni, Bayar Guna KWSP Siap Ada Diskaun!

Umum mengetahui, syarat untuk mendapat pengecualian pembayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) adalah dengan mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.

Perkara itu sekali gus melayakkan anda untuk tidak membayar semula pinjaman tersebut.

Selain daripada pemegang Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama, mereka boleh membuat bayaran apabila melangkah ke alam pekerjaan melalui Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bagi yang tidak mengetahui, jika anda membuat bayaran melalui KWSP anda juga layak untuk mendapatkan diskaun yang ditawarkan.

Ikuti perkongsian yang dibuat oleh PTPTN di bawah ini.

PTPTN dan KWSP

Anda yang ada tunggakan pinjaman PTPTN, ada info penting ini nak nak maklumkan.

Tahu tak, sekarang peminjam boleh guna Akaun 2 KWSP untuk bayar balik hutang PTPTN.​

Siap ada ada diskaun bayaran balik lagi tu! ​

Pertama sekali, kena semak dulu baki pinjaman hutang PTPTN di myPTPTN: https://taplink.cc/myptptn

Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan untuk log masuk​.

Klik “Semakan Penyata”​.

Klik penyata tahunan yang terkini.

Kredit: @PTPTNOfficial/X

Selepas itu, individu buat keputusan sendiri nak bayar tunggakan banyak mana.

Sekiranya buat penyelesaian penuh pinjaman, dapat diskaun 10 peratus dan alau bayar 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran, dapat juga 10 peratus.

Anda boleh buat bayaran melalui KWSP melalui pengeluaran akaun 2 peminjam, ibu bapa peminjam (ahli akaun) atau pasangan.

Mari ikuti langkah-langkah bayar tunggakan PTPTN melalui Akaun 2 KWSP di bawah ini.

Bayar PTPTN melalui Akaun 2 KWSP

Langkah pertama: Log Masuk Ke i-Akaun KWSP https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

Kredit: @PTPTNOfficial/X

Langkah kedua: Permohonan Pengeluaran​

Pilih “PENGELUARAN” pada menu utama.

Klik “Permohonan Baharu”​.

Pilih jenis pengeluaran “Pendidikan” dan lengkapkan maklumat pengajian anda​.

Klik “Seterusnya”.

Kredit: @PTPTNOfficial/X

Langkah ketiga: Lengkapkan Maklumat Ahli dan Amaun Kelayakan​

Lengkapkan maklumat peribadi, maklumat perhubungan, maklumat pengeluaran dan butiran pembayaran balik.

Klik “Seterusnya”.

Kredit: @PTPTNOfficial/X

Langkah keempat: Semakan Ringkasan Permohonan Pengeluaran​

Semak maklumat permohonan dan klik “Permohonan TAC”.

Masukkan nombor TAC di SMS dan klik “Hantar”.

Jika maklumat anda adalah lengkap, klik “Setuju” untuk membuat perakuan diri.

Kredit: @PTPTNOfficial/X

Langkah lima: Pengesahan Permohonan Pengeluaran

Permohonan berjaya dihantar Status permohonan akan dihantar melalui SMS atau melalui mesej sekuriti inbox di i-Akaun KWSP.

Kredit: @PTPTNOfficial/X

Langkah enam: Hadir ke Pejabat Cawangan KWSP

Proses pengesanan Cap Ibu Jari (CIJ) bersama dokumen yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.

Setelah PTPTN telah memproses maklumat ini, transaksi akan mengambil masa dalam tempoh tujuh hingga 14 hari bekerja.

NOTA PENTING: Anda boleh mohon lagi untuk permohonan akan datang. Banyak kali pun boleh selagi mana Akaun 2 KWSP anda ada duit. Tapi kena mohon setiap kali nak buat pengeluaran daripada Akaun 2 KWSP anda. Ikut sahaja langkah yang sama untuk permohonan seterusnya.

Psst, korang ada tunggakan pinjaman PTPTN, Min ada info penting ni nak bagitahu.​

Tahu tak, sekarang korang boleh guna Akaun 2 KWSP untuk bayar balik hutang PTPTN.​

Siap ada ada diskaun bayaran balik lagi tu! ​

Nak tahu? Jom ikuti 𝘵𝘩𝘳𝘦𝘢𝘥 ini.

— PTPTN (@PTPTNOfficial) January 23, 2024

Sumber: @PTPTNOfficial/X

The post Siapa Yang Ada Tunggakan PTPTN Baca Ni, Bayar Guna KWSP Siap Ada Diskaun! appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *