Baru-baru ini viral penyanyi legend, Liza Hanim ada memuat naik satu tangkap layar komen di Instagram mengenai seorang individu mengutuk paras rupanya. Dengan kapsyen di hantarannya, Liza Hanim agak kecewa dengan komen tersebut kerana ianya kurang sensitif dengan perasaan orang lain.

Komen oleh @jab_netizen ini mengatakan pada era 90-an, karier beliau agak merudum disebabkan wajah yang kurang cantik jika dibandingkan dengan artis yang lain seperti Dato’ Siti Nurhaliza walaupun sangat berbakat pada ketika itu.

Artikel berkaitan: “Tergamak bagi comment macam ni” – Dikata Karier ‘Tenggelam’ Sebab Wajah, Liza Hanim ‘Sekolahkan’ Netizen

Artikel berkaitan: “Boleh tak suka tapi jangan menghina” – Netizen Kutuk Perangai Individu ‘Face Shaming’ Gadis Ini

Dalam hantaran yang sama, Dato’ Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil Tokti turut meninggalkan komen. Beliau kesal dengan perbuatan individu tersebut yang menyentuh soal fizikal orang lain.

Namun begitu, satu hantaran tangkap layar telah dimuat naik oleh pengguna X menunjukkan pemilik akaun @jab_netizen telah pun meminta maaf kepada Liza Hanim atas ketelanjuran katanya di ruangan komen.

Dia ‘memujuk’ penyanyi itu kerana komen tanpa berfikir panjang dan tiada niat langsung untuk mengutuk Liza Hanim. Pemilik akaun itu juga turut mengatakan dia hanya menjelaskan keadaan sebenar dan memuji penyanyi itu sangat berbakat.

Komen 12

Dah kutuk, minta derma

Walau bagaimanapun, pemilik akaun ini seperti menangguk di air yang keruh. Dalam permohonan maaf tersebut, dia ada menyelitkan permintaan untuk orang lain memberi derma kepadanya yang sedang dalam kesulitan.

Tanpa segan silu, dia turut meninggalkan nombor akaunnya dan berkata mahu mendermakan separuh daripada hasil derma itu kepada rumah anak-anak yatim. Akan tetapi, tidak dapat dipastikan pemilik nombor akaun itu adalah sama dengan pemilik akaun @jab_netizen.

Hantaran ini telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Ramai mengecam tindakan pemilik akaun itu kerana tidak berhati perut mengutuk orang lain. Last last dia pula yang minta derma.

Komen 1 Komen 2 Komen 3

Hmm.. pelik pelik ye orang macam ni

Sumber: X

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *