“Siap respon angkat belalai!”- Kehadiran Gajah Berenang Di Tasik Kenyir Jadi Tumpuan Pelancong

Siapa menjangkakan dapat melihat binatang liar seperti gajah didepan mata dan pastinya pengalaman itu sukar dilupakan.

Satu rakaman video seorang lelaki berjaya merakan sekumpulan gajah sedang menyeberang Tasik Kenyir menjadi tular.

Peristiwa itu dirakam oleh yang membawa ahli keluargnya bercuti di tasik berkenaan untuk mengalami keindahan alam di tasik itu.

@bohjankl Korang kene pergi.. Best gila..🥰 trima kasih pada @rezekihouseboat02 sbb bwak kami ke tempat² menarik..🥰🥰 #rezekihouseboat2 #tasikkenyir #houseboat #terengganu #percutian #fyp #fishing #mancing #holiday ♬ Legend – Marcos Yap

Artikel berkaitan: “Mcm dlm Filem Madagascar” –  [VIDEO] Cubaan Larikan Diri Dari Set Penggambaran Oleh Zirafah & Gajah Berjaya Dirakam

Artikel berkaitan: “Takut, tapi comel” – Gajah Bawa Anak ‘Ceroboh’ Rumah Jadi Buah Mulut Netizen

Tidak percaya dapat melihat binatang itu sedang asyik berenang menyeberang tasik dirakamnya agar tidak terlepas merakam peristiwa itu.

Tiga ekor gajah (bapa, ibu dan anak) dilihat berenang menyeberang tasik itu.

Apa yang menjadi tarikan, kumpulan gajah kelihatan tenang dan meneruskan renangan walau diperhatikan pelancong lain.

Si anak mengikut sahaja si ibu dan si ayah sehingga selamat menyeberang sungai.

Dalam video itu juga kendengaran seorang kanak-kanak mengucapkan ‘bye’ dan disahut oleh binatang itu dengan lambaian belalainya.

Rata-rata komen diberikan positif dan tidak menjangkakan video itu menjadi tular.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *