Nama Senario sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Kumpulan komedi yang penuh versatile itu pernah menghiburkan ramai diantara kita sekitar lewat 90an sehingga awal tahun 2000.

Tampil dengan 5 orang watak yang berlainan namun saling melengkapi, status kumpulan Senario boleh dianggap setaraf lagenda di Malaysia.

Tular satu video di media sosial dimana salah seorang ahli dari kumpulan Senario, Yasin, tampil membuat persembahan lagu keramat mereka ‘Cari Tapak’ bersama kumpulan indie tanah air.

Korang boleh tengok video Yasin dengan band indie tu dalam video @AyuInMetaverse di bawah.

Artikel berkaitan: Jemput TokTi Naik Pentas, Faizal Tahir Dedah Suara Misteri Disebalik Lagu ‘Karma’

Siap menari!

Difahamkan, kumpulan indie yang membuat persembahan ini adalah Budak Nakal Hujung Simpang. Rata-rata netizen terpegun dengan kehadiran Yasin yang turut memeriahkan persembahan pada malam itu.

Screenshot 2023 09 16 At 3.41.58 PmOh rupanya Abang Yasin buat persembahan spontan. Kebetulan ada kat situ dan band tu pun main lagu Senario, memang dia naik lah. Bukan selalu dapat tengok macam ni.

Screenshot 2023 09 16 At 3.42.10 PmItulah min pun risau gak tengok Abang Yasin skanking atas pentas. Jiwa muda tapi usia dah lanjut boleh semput weh kalau menari macam tu. 

Screenshot 2023 09 16 At 3.42.34 PmKann… kita yang tengok pun seronok. Sebagai peminat lagu-lagu kumpulan Senario, kalau ada show yang Senario main, min pun nak tengok. 

Screenshot 2023 09 16 At 3.42.43 PmBetul, dulu min siap beli CD dan kaset Senario. Siap minta parents pasang lagu Senario dalam kereta kalau balik kampung dulu. Memang legend lah lagu-lagu kumpulan Senario ni. 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *