MP Paling Kelakar

Shahidan Kassim MP Paling Kelakar, Nethaji Rayer MP Paling Banyak Cetus Kekecohan Dari 2018 Ke 2022 – Kajian

Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim telah dikenal pasti sebagai ahli parlimen paling kelakar di Parlimen dari tahun 2018 hingga 2022.

Perkara itu dikenal pasti melalui dapatan kajian yang dijalankan oleh MyMP.

Sementara itu, seorang lagi ahli parlimen Jelutong iaitu RSN Rayer pula telah diiktiraf sebagai ahli parlimen yang paling banyak mencetuskan kekecohan di Parlimen dari tahun 2018 hingga 2022.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan MyMP, Shahidan dilaporkan telah menggantikan Rayer menjadi ahli parlimen yang paling mencetuskan kekecohan di Parlimen selepas PRU15.

Dalam pada itu, MyMP turut menjelaskan bahawa kajian itu dijalankan dengan menganalisis Hansard sejak 2018 menggunakan Python.

Python atau ‘programing language’ itu menggunakan kata kunci seperti “parlimen riuh” dan “parlimen ketawa” untuk mengenal pasti kejadian yang menyebabkan kekecohan atau ketawa di Parlimen.

Ia kemudiannya akan memilih nama ahli parlimen yang terkait dengan kejadian yang melibatkan kata kunci tersebut.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Selain itu, MyMP juga telah bekerjasama dengan badan pemikir IDEA bagi membantu membangunkan projek Pantau Kuasa.

Projek yang bakal dilancarkan pada tahun depan itu akan membandingkan senarai pengarah GLC dan FSB dengan senarai kedua ahli politik Malaysia.

Senarai itu juga akan mengenal pasti pelantikan politik yang disyaki berlaku di kalangan ahli politik di Malaysia.

MyMP Press Conference To Reveal Who Malaysia's Most Controversial MP Is According To HANSARD Data And Announce A Big Project With IDEAS at IDEAS Malaysia, The Lower Penthouse, Level P, Wisma Hang Sam, 1, Jalan Hang Lekir Kuala Lumpur#AWANInews https://t.co/6Dy0s5KbPV

— Astro AWANI (@501Awani) September 6, 2023

Sumber: Astro Awani

The post Shahidan Kassim MP Paling Kelakar, Nethaji Rayer MP Paling Banyak Cetus Kekecohan Dari 2018 Ke 2022 – Kajian appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *