Hati keluarga mana yang tak terkilan apabila layanan terhadap pembantu rumah bagai menatang minyak yang penuh tetapi dikhianati begitu sahaja. Pasti rasa terkilan itu akan bercampur baur dengan rasa marah.

Begitulah yang dirasai oleh seorang pengguna TikTok @tycoonjai apabila mendapat tahu yang bibiknya telah melarikan diri apabila pulang daripada bercuti.

Artikel Berkaitan : “Kakak you deserve it” Majikan Sponsor ‘Me Time’ Untuk Pembantu Rumah Raih Pujian Netizen

Artikel Berkaitan : Kena Tegur Fasal Cuci Pinggan, Isteri Fad Bocey Bengang Pembantu Rumah Larikan Diri

Perkara itu disahkan apabila rakaman CCTV di rumahnya yang memperlihatkan bibiknya itu keluar dari rumah dengan membiarkan pintu pagar rumahnya terbuka begitu sahaja. Berdasarkan rakaman itu, kejadian dikatakan berlaku pada 8 September lepas kira-kira jam 6 40 pagi.

@tycoonjai

Rxz member problem ❌ Bibik problem ✅. Ready part 2 #kasiviral #bibiklari

♬ original sound – Anna Aidil – ꧁❀ₐₙₙₐ ₐᵢdᵢₗ❀꧂✌(◕‿-)

@tycoonjai

Tak nak kerja saya hantar balik, bukan lari macam ni 👀 #bibiklari

♬ original sound – TycoonJai – TycoonJai

Menurutnya pekerjanya itu telah berkhidmat dengannya selama 8 bulan, layanan yang diberikan sangatlah baik.

Tambahnya, setiap hujung minggu, dia memberikan bibiknya cuti untuk keluar berjalan, malah bonus juga diberikan setiap bulan dalam RM50 ke RM150. Bahkan, tiada jurang antara majikan dan pekerja apabila sabun mandi yang diberikan sama sahaja seperti yang mereka guna.

Dia juga menghadiahkan minyak wangi berjenama dan menerima telefon bimbit yang berharga RM1,600 pada minggu pertama dia mula bekerja serta setiap kali melancong, majikan sekeluarga tidak pernah lupa untuk membelikan hadiah kepadanya.

“Gaji tiap bulan naik RM100, setiap bulan bawa keluar pergi shopping mall, balik la bibik, bahaya kat luar sana.”

Jelasnya lagi, difahamkan bibiknya itu lari bersama kekasihnya yang merupakan warganegara Bangladesh.

“Makan cukup, siap bawa tengok wayang, kain baju dapat free, pergi beli barang dapur naik supercar bibik oii, siap ajar trade lagi, mesej untuk bilik, pasport awak ada lagi di rumah ni, ini Kuala Lumpur bibik jangan percaya dengan janji manis warga asing tu.”

“Kasihanlah keluarga di kampung dan anak bibik di sana, bibik tak takut ke ikut orang yang tak dikenali tu?”

@tycoonjai

Sila berhenti cara elok, bukan lari macam ni. Saya tak nak susahkan awak kemudian hari. Ada info dari orang awam nampak bibik ni di Mentari Court. #bibiklari

♬ original sound – TycoonJai – TycoonJai

Dalam video yang telah meraih jutaan jumlah tontonan itu, ramai netizen kagum dengan kebaikan majikan bahkan ada dalam kalangan pembantu rumah cemburu dengan layanan yang diberikan serta marah dengan bibik ini.

Bahkan, ada juga yang telah menjumpai akaun TikTok bibik tersebut dan hasil penemuan mereka disahkan sendiri oleh majikan ini.

Mudah-mudahan dia kembalilah, banyak betul kes yang macam ni terjadi.

Sumber : TikTok

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *