Baru-baru ni, seluruh rakyat Malaysia berasa bangga apabila pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya berjaya peroleh keputusan seri dalam perlawanan dengan Korea Selatan pada Piala Asia 2023 di Qatar meskipun prestasi dorang dalam kejohanan tersebut dilihat kurang menyerlah.

Walaupun begitu, pasukan negara sebenarnya dah banyak melakar pencapaian gemilang dalam sejarah terutama sekali di pentas antarabangsa! Jadi, kalau nak tahu apa kejayaan terbesar dorang, korang kena baca artikel ni sampai habis.

1. Layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980 

6A895436 C014 457F 86B9 21D45B50E209

Seperti yang korang tahu, kejayaan Malaysia ke Olimpik pada 1980 merupakan pencapaian terbesar pasukan negara dalam sejarah.

Pada ketika itu, dorang berlawan dengan pasukan yang tak kurang hebatnya iaitu Korea Selatan dalam pusingan kelayakan kejohanan tersebut. Apa yang jadi detik bersejarahnya, jaringan saat-saat akhir yang dibuat oleh James Wong telah menjadi asbab Malaysia mengalahkan pasukan Korea 2-1 yang secara tidak langsung melayakkan dorang masuk kejohanan tersebut.

Namun begitu, Malaysia telah ambil pendirian untuk boikot Olimpik tersebut gara-gara serangan Soviet Union ke atas Afghanistan yang berlaku pada tahun yang sama. Biarpun begitu, ia masih dianggap pencapaian terbaik Harimau Malaya.

Artikel berkaitan: Jay Chou Sedia Tangguh Konsert Demi Perlawanan Bola Sepak Malaysia Vs Thailand

Artikel berkaitan: “Sebak pulak tengok” – Peminat OKU Harimau Malaya Sanggup Terbang Ke Doha, Demi Nak ‘Dengar’ Malaysia Menang

2. Menang banyak dalam Pertandingan Merdeka 

1958 Merdeka Cup Winner Malaya

Kalau korang nak tahu, Pertandingan atau Pestabola Merdeka merupakan kejohanan antarabangsa yang diadakan setiap tahun bagi meraikan kemerdekaan Malaysia. Yang hebatnya, ia pernah digelar sebagai ‘Piala Asia Mini’ sekitar tahun 1960-an hingga 1980-an kerana menampilkan pasukan bola negara lain untuk bertanding.

Sejak kejohanan tu dibuat, Malaysia meraih rekod membanggakan dengan meraih juara sebanyak 10 kali manakala naib juara sebanyak 7 kali. Pada masa yang sama, legenda pemain bola sepak Malaysia, Mokhtar Dahari juga menyertai pertandingan ini bersama player terkenal yang lain seperti Abdul Ghani Minhat dan Soh Chin Ann.

3. Kelahiran pemain legenda negara

Z13 1

Sudah tentu, salah satu kebanggaan terbesar negara ialah lahirnya pemain berbakat serta legend dalam dunia bola sepak Malaysia iaitu Mokhtar Dahari.

Boleh dikatakan, sepanjang dia bermain untuk pasukan negara, banyak kejohanan yang disertai sehingga membawa kejayaan seperti Pingat Gangsa Sukan Asia 1974, Juara Pestabola Merdeka empat kali dan Juara Piala Malaysia sepuluh kali.

Sepanjang karier legenda Supermokh ni, dia telah peroleh banyak anugerah dan penghormatan seperti Olahragawan Kebangsaan 1976 dan juga Darjah Indera Mahkota Pahang. Sehingga kini, masih tiada yang mampu tangini kehebatan Mokhtar Dahari ini.

4. Juara Piala Suzuki AFF 2010

Img 0018

Kemenangan Malaysia dalam Piala Suzuki edisi 2010 juga boleh dikira sebagai pencapaian terbaik pasukan negara. Sebabnya, ia merupakan kemenangan pertama Malaysia dalam kejohanan berprestij itu.

Pada perlawanan akhir, Malaysia telah berdepan dengan Indonesia sebanyak dua kali. Walaupun tewas satu game namun, dorang telah menang secara agregat iaitu 4-2 sekaligus berjaya memperoleh gelaran juara tahun itu.

Tak cukup dengan itu, striker ketika itu, Safee Sali telah berjaya menjaringkan gol terbanyak iaitu sejumlah 5 gol yang melayakkan dia untuk peroleh Anugerah Kasut Emas.

5. Seri dengan Korea Selatan dalam Piala Asia 2023

Harimau Malaya Kalahkan Korea S

Sekali lagi negara berasa sangat bangga apabila Malaysia berjaya mencapai keputusan seri dengan pasukan Korea Selatan dalam Piala Asia 2023 baru-baru ni.

Walaupun seri, pencapaian itu dianggap agak membanggakan kerana dorang setanding dengan pasukan Korea yang memang tak kalah kuatnya tau.

Biarpun begitu, kita kenalah berbangga dengan kejayaan ni kerana ia merupakan anak tangga bagi bola sepak Malaysia untuk lebih berjaya di masa akan datang.

Sumber: Red Bull, Berita Harian

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *