Kebelakangan ini, kita sering lihat banyak berlakunya kes buli di sekolah serta institusi pengajian lain, jika tidak dibendung dengan segera, kes buli ini boleh menjadi kes jenayah yang besar.

Seperti yang terjadi baru-baru ini di Muar, Johor apabila seorang senior sebuah kolej kemahiran didakwa melakukan amang seksual terhadap dua pelajar junior.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Warga Emas Dicabul Lelaki Pemegang Kad UNHCR Di Ampang

Artikel berkaitan: Tok Siak & Pesara Didakwa Cabul Kanak-kanak 12 Tahun Di Tandas Surau

Menurut laporan Buletin TV3, pelajar senior yang berusia 18 tahun itu berhadapan dua tuduhan dan mengaku tidak bersalah untuk kedua-dua pertuduhan tersebut.

Dalam pertuduhan pertama, suspek didakwa menyuruh seorang pelajar junior berusia 17 tahun melakukan oral seks dalam tandas kolej berkenaan kira-kira jam 3.15 pagi, 5 September lalu,

Pexels Anete Lusina 5723261
Gambar hiasan

Pertuduhan kedua pula, pelajar senior itu didakwa melakukan perbuatan keji dan jijik terhadap seorang lagi pelajar junior di asrama penginapan kolej terbabit pada jam 4 petang, 7 Septermber lalu.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh dibicarakan mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama, penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Untuk pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 14 (d) akta sama yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Difahamkan, pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam.

Sumber: Buletin TV3 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *