Baru-baru ini pelakon Zarina Zainuddin ada mendedahkan bahawa anak lelakinya, Muhammad Raizal Azrai, 27, atau lebih mesra dengan panggilan Azal kini sedang berkawan rapat dengan seorang wanita dari Indonesia dikenali sebagai Rahmah.

Pendedahan itu dibuat menerusi Instagram miliknya hari ini dan ramai yang mendoakan kebahagiaan buat mereka berdua ini.

Artikel Berkaitan : ‘Tolong doakan saya sihat” – Zarina Zainuddin Terkejut Baca Berita Sudah Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan : Zarina Zainuddin Sedih Ada Individu Edit Wikipedia Anak, Dituduh Tak Siuman & Psiko

Menurut Zarina,  Azal dan Rahmah mula bersua sejak awal tahun lalu ketika mereka sama-sama terlibat dalam festival jualan di Singapura, mereka mula rapat sejak bulan lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

“Mereka sudah banyak kali berjumpa. Sekarang masih lagi dalam proses berkanalan. Hubungan mereka masih baru lagi. Rahmah bekerja di Singapura dan sebab itu mereka sering berjumpa di sana.”

“Soal jodoh itu urusan Allah. Saya tidak meletakkan harapan tinggi. Kalau ada jodoh saya terima dengan baik..Azal juga ada perasaan.”

“Saya mahu seorang yang boleh menjaga dia nanti. Apabila tengok Rahmah, saya pun suka sebab dia seorang pendiam, rajin, cekap bekerja serta pandai bawa diri.”

Screenshot 2023 09 22 161453

Dalam pada itu, pada awalnya Azal sukar nak terima Rahmah, namun begitu, Rahmah menerima baik keadaan Azal yang merupakan seorang OKU autisme.

“Dia tahu keadaan Azal dan boleh menerima dengan baik. Azal pun boleh berdikari jika berniaga di sana. Azal ada kerja dan wang simpanan sendiri. Jadi tiada masalah untuk dia berkahwin.”

Tambah Zarina, Azal pada mulanya sukar terima Rahmah kerana dia bertudung. Namun begitu, setelah diterangkan untuk cari wanita yang pandai menjaga agama, barulah Azal faham.

Sumber : mStar Online

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *