Kejayaan India mendaratkan kapal berhampiran kutub selatan bulan menjadi topik bualan ramai sejak beberapa hari lepas.

Terbaru, Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) semalam memberitahu mereka bakal melancarkan satelit yang diberi nama Aditya untuk meninjau matahari pula susulan kejayaan pertama mereka itu.

“Pelancaran Aditya-L1, balai cerap India berasaskan angkasa pertama yang mengkaji matahari, dijadualkan pada 2 September ini,” kata ISRO menerusi Twitter.

Menurut laporan Berita Harian, Aditya yang bermaksud matahari dalam Bahasa Hindi bakal dilepaskan ke orbit lingkaran cahaya di kawasan angkasa kira-kira 1.5 juta kilometer dari bumi, misi itu akan memberikan sudut pandangan jelas berterususan kepada matahari.

“Ini akan memberikan kelebihan yang lebih besar untuk memerhati aktiviti suria dan kesannya terhadap cuaca angkasa dalam masa nyata (real time),” kata ISRO.

Difahamkan, kapal angkasa itu akan membawa tujuh muatan untuk memerhati lapisan paling luar matahari – iaitu ‘photosphere‘ dan ‘chromosphere‘ – termasuk dengan menggunakan pengesan medan elektromagnet dan zarah.

Menurut ISRO, objektif penerokaan itu adalah untuk mengkaji pemacu bagi cuaca angkasa, termasuk untuk lebih memahami dinamik angin suria.

Baca: India Cipta Sejarah, Negara Pertama Berjaya Daratkan Kapal Angkasa Di Kutub Selatan Bulan

India Misi Bulan

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *