asingkan batang daun salad romaine

Sekali Tepuk Terus Keluar, Cara Mudah Asingkan Salad ‘Mak Tam’, Tak Perlu Kopek Satu-satu

Sayur-sayuran yang berkelopak biasanya perlu dibersihkan dengan betul sebelum dimasak. Tujuannya adalah untuk memastikan sayuran tersebut bebas daripada sebarang kotoran dan serangga yang bersarang atau bertelur pada bahagian berkenaan.

Mengikut amalan biasa, sayur-sayuran seperti sawi dan kobis ini perlu dikopek satu persatu sehingga habis.

Selepas semua daun selesai dikopek, barulah kita meletakkan sayuran tersebut di dalam bekas dan mencuci setiap helaian daun dengan teliti.

Namun, kadang-kadang proses ini mengambil masa yang agak panjang dan sebenarnya ada shortcut yang dapat menjimatkan masa anda.

Helah Mudah Untuk Asingkan Daun Dengan Batang Salad Romaine

Seorang pengguna TikTok yang gemar berkongsi tip-tip di dapur, Awang Dapur (@awangdapur) berkongsi helah untuk membersihkan sayur berdaun, tanpa mengopeknya satu persatu.

Dalam video tersebut, beliau telah menggunakan sejenis sayuran yang dikenali sebagai Salad Romaine, atau nama tempatannya ‘Sayur Mak Tam’.

Pada awalnya, Awang menunjukkan cara tipikal yang biasa digunakan oleh rakyat Malaysia untuk mengasingkan antara batang dengan daun sayuran tersebut.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, kaedah mengopek daun satu per satu memakan masa yang agak panjang.

Namun, Awang menjelaskan bahawa dirinya telah menemui satu helah yang mampu menjimatkan masa anda di dapur.

Jelasnya, dia mempelajari helah tersebut semasa menatal video-video secara rawak di TikTok. Dia merasakan tip ini perlu dikongsikan bersama warga maya kerana ia sangat bermanfaat.

Pertama sekali, anda perlu mengenalpasti bahagian bawah batang pada sayur tersebut. Apabila anda sudah mengenalpasti bahagian batang, ketuk bahagian batang ke arah tengah sayur.

Anda akan dapati kedudukan batang sayur beralih dari lokasi asalnya dan bahagian yang menghubungkan antara batang dengan sayur mulai rapuh.

asingkan batang daun salad romaine
Kredit: TikTok

Kemudian, pegang bahagian batang yang telah diketuk tadi dan putarkan, tidak kisah sama ada arah jam atau berlawan jam. Anda dapati, bahagian batang sayur sudah pun terpisah daripada daun-daunnya.

asingkan batang daun salad romaine
Kredit: TikTok

Bukan itu sahaja, daun-daun sayuran tersebut sudah terpisah daripada batang dan tidak lagi perlu dikopek satu persatu. Akhir sekali, anda boleh mencuci sayur berkenaan seperti biasa dengan menggunakan air paip.

@awangdapur

Replying to @BANG MAN TO THE TOP tips ke 22: asingkan batang sayur #awangdapur #dapur #masak #cooking #sayur #maktam #cucisayur

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Semoga bermanfaat.

BACA: Bukan Saja-saja Letak, Rupanya Ini Maksud Sebenar Huruf M&M Pada Coklat Terkenal

Sumber: Awang Dapur via TikTok

The post Sekali Tepuk Terus Keluar, Cara Mudah Asingkan Salad ‘Mak Tam’, Tak Perlu Kopek Satu-satu appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *