Sayu, Pekerja Kedai Jumpa Kucing Dalam Luggage

Dalam dunia ini, kebanyakan orang pasti menggemari kucing. Kadang-kadang kalau anda berada di luar, mungkin ada dalam kalangan anda yang akan memberikan makanan kepada kucing liar.

Bagi mereka yang membela kucing pula, mereka pasti akan menjaga kucing mereka dengan penuh kasih sayang.

Namun, apabila kucing yang dibela terlalu banyak sehingga mereka tidak mampu menanggungnya, mungkin ada sesetengah pemilik kucing yang akan memberikannya kepada orang lain.

Kalau beri kepada orang lain untuk menjaganya tak mengapalah, sekurang-kurangnya kucing itu akan dijaga. Tapi, kalau anda buang kucing itu di tepi jalan dan mengurungnya di dalam tempat yang tertutup, ketahuilah bahawa perbuatan itu amat kejam.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang menujukkan beberapa pekerja kedai makan yang telah menjumpai beberapa ekor kucing yang terperangkap di dalam beberapa buah luggage.

Jumpa Kucing Dalam Luggage

Dalam video yang dikongsikan di TikTok oleh Sheikh Al Arjan, video tersebut telah menunjukkan beberapa ekor kucing yang diselamatkan dari dalam beberapa buah bagasi.

Sayu hati apabila melihat anak-anak kucing yang kecil serta kucing-kucing dewasa itu dikeluarkan dari dalam bagasi tersebut.

“Lebih kurang jam 8:30 malam nampak sebuah kereta masuk kawasan. Dalam 15 minit keluar balik, mungkin ubah fikiran makan tempat lain,” tulisnya dalam video tersebut.

Kemudian, dia menyatakan pada jam 3 pagi, pekerja kedainya itu ternampak tiga buah bagasi di kawasan parkir kenderaan.

Apabila mereka mendekati bagasi-bagasi itu dan membukannya, mereka mendapati di dalamnya terdapat empat ekor kucing dewasa serta anak-anaknya.

“Sampai ada yang terkencing, terberak dalam tu,” tulisnya lagi.

Dia turut menyatakan bahawa kucing-kucing tersebut berkemungkinan mempunyai rasa lemas, rimas, lapar dan takut kerana berada di dalam tempat yang gelap.

Menerusi video itu juga, dia menganggarkan bahawa kucing-kucing itu telah terperangkap di dalam bagasi tersebut selama enam jam.

Kemudiannya, kucing-kucing yang diselamatkan itu diletakkan di dalam sangkar yang terbuka yang besar. Kucing-kucing itu dibelai lembut oleh lelaki itu.

Lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai ‘abah’ dalam video tersebut berkata, “Tak apa, abah tak kaya, tak banyak harta. Abah tak pernah miskin kalau jaga kamu semua.”

@sheikharjans

sayangi makhluk #straycat #stray #catsoftiktok #alarjan #seberangjayapenang #penang

♬ Very Sad – Enchan

Sumber: sheikh al arjan via TikTok

BACA JUGA: Model Tertua Di Dunia, Umur Dah Cecah 90an Tau!

The post Sayu, Pekerja Kedai Jumpa Kucing Dalam Luggage appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *