Siapa yang tak kenal dengan Kieda Crepe, antara usahawan muda yang selalu mendapat perhatian ramai kerana sering berkongsi mengenai jualan crepe dan makanan vendor di kedainya.

Selain itu, Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra turut terkenal dengan sistem jual belinya yang meletakkan syarat untuk membeli barangan vendor sebelum membeli crepe jualannya.

Baru-baru ini, namanya kembali naik apabila penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus mengulas mengenai hukum peniaga meletakkan syarat sedemikian.

Artikel berkaitan: “Ada yang tunggu 7 jam” – Pelanggan Mengamuk Tunggu Lama, Kieda Crepe Akhirnya Buka Mulut

Artikel berkaitan: “Memang silap kieda” – Influencer Mohon Maaf Isu Marah Staf Lotus Tak Tolong Angkat Barang

Dalam video ceramah tersebut, Ustaz Azhar menyatakan sistem tersebut tidak sah sekiranya ia membuatkan pelanggan terpaksa membeli barangan vendor lain. Manakala, hanya barangan yang hendak dibeli pelanggan sahaja yang sah.

@mayakar1n

Replying to @amaleena ustaz azhar idrus>support vendor. sy just share apa y uai ckp ja tau. #ustazazharidrus #tanyaustadz

♬ original sound – beautyqeyla – beautyqeyla

“Saya tak paksa orang”

Isu itu telah mendapat perhatian Kieda selepas ramai yang memetik namanya mengenai status penjualan sistem vendor tersebut.

Jelas Kieda, dia tidak pernah memaksa pelanggan untuk membeli di kedainya dan sudah memaklumkan peraturan itu sebelum pelanggan masuk ke kedai lagi.

@hqkiedacrepepenang

Tak mati dikeji , tak hidup di puji 🫰🏻Semoga kieda yang selalu dihina, dipandang rendah, bahkan tidak dihargai, suatu hari nanti akan jadi orang yang berjaya. Aamiin 🤲🏻 #kiedacrepe #hqkiedacrepe_penang #kiedacrepetour

♬ Sampai Menutup Mata Violin – ExBrecket

Menurutnya, dia tidak menyalahkan ulama mahupun netizen mengenai isu terbabit dan baginya tiada hukum tidak sah dalam perniagaannya.

“Tak ada erti tak sah sebab saya bukan baru beritahu support vendor ni waktu pelanggan nak bayar di kaunter.

“Jangan rasa terpaksa sebab saya tak ada paksa orang. Saya cuma buat syarat di rumah saya sebab rumah saya ni ramai rezeki yang ada. Saya jaga rezeki orang seiring rezeki saya,” katanya.

Dalam pada itu, Kieda meminta orang ramai untuk menjaga hati masing-masing selain tidak mempunyai niat buruk untuk menjatuhkan perniagaan orang lain.

Sumber: TikTok, TikTok Kieda Crepe

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *