Pelakon Fasha Sandha memohon maaf kepada mereka yang tidak suka melihat dirinya berpelukan dengan suaminya yang juga seorang pelakon, Aidil Aziz.

Ia susulan video yang dimuat naik oleh Fasha Sandha di Instagram miliknya baru-baru ini memaparkan aksi romantis pasangan ini di dalam kolam dan menjadi kecaman sesetengah netizen.

Artikel Berkaitan : “My forever love” – Video ‘Terlebih Mesra’ Fasha Sandha & Suami Buat Netizen ‘Mual’

Artikel Berkaitan : “Dapatkan fakta sahih” – Tuduh Fasha Sandha Langsing Sebab Bariatrik, Wanita Buat Permohonan Maaf

 

Hanya menjalankan tugas

Difahamkan, video berkenaan dibuat adalah atas dasar kerja dan apa yang dibuatnya itu hanyalah menjalankan tanggungjawabnya.

“Saya bertugas, masih makan gaji, saya bukan boss, saya masih kuli. Saya hanya menjalankan tugas & komitmen. Saya minta maad kepada yang tak suka saya berpelukan dengan suami saya.”

Fasha turut sempat mengimbau perkahwinannya dengan menyatakan bahawa usia perkahwinannya dengan Aidil Aziz itu sudah 6 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

“Ya, perkahwinan ni adalah pinjaman daripada yang Esa, kita pun tak tahu berapa lama pinjaman ini, cuma kita mendoakan agar pinjaman ini berkekalan ke akhir hayat.”

Fasha juga meminta orang ramai untuk mendoakan yang baik-baik buat dia dan pasangan bahkan dia juga turut mendoakan yang baik untuk warganet.

“I love you, lovers or haters, I still love you, orang tegur/kecam/puji bermaknya, orang masih ambil tahu dan sayang.”

Fasha juga bersikap terbuka dengan teguran dan kecaman yang diberikan kepadanya agar dapat dia memperbaiki diri.

“Dalam dunia ni perlu ada orang tegur dan kecam juga, untuk menjadikan kita manusia yang lebih baik, Insya-Allah.”

Malah, Fasha juga ada memberikan gambaran seperti ada sesuatu perkara yang besar akan terjadi pada tanggap 16 September ini. Berdasarkan pemerhatian, min, video itu telah pun dipadamkan.

Sumber : Instagram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *