Selepas tular rakaman seorang wanita yang sedang menangis kerana dipukul oleh lelaki yang didakwa bakal suaminya, si pelaku tampil memberi penjelasan.

Dalam video penjelasan yang dimuat naik di akaun Instagramnya, lelaki yang didakwa merupakan anggota polis menyatakan video tular itu adalah video lama yang berlaku kira-kira setahun lalu.

Selepas insiden itu, dia dan wanita itu dikatakan telah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Artikel berkaitan “Kalau Hafidz Roshdi boleh, aku pun boleh la”- Teman Lelaki Belasah Bakal Isteri Lepas Kantoi Curang?

Screenshot 2023 09 25 131503

Menurutnya, dia mengakui salah kerana telah mengasari tunangnya disebabkan gagal mengawal kemarahan.

“Saya tak berapa ingat punca kenapa mungkin sebab dia tuduh saya curang. Waktu itu saya memang banyak perempuan.

“Mungkin ketika kejadian itu, dia membebel dan saya pula jenis tak tahan jadi baran, geram, mengamuk dan saya telah mengasari dia,” katanya.

Tambahnya, dia menyesali atas perbuatannya itu dan menerima kifarah apabila dia kini lumpuh separuh badan akibat terkena jangkitan kuman.

Dakwanya, isterinya mungkin sudah tawar hati selepas kantoi mesej dengan ramai wanita ketika tempoh berkahwin dulu.

“Lepas sedar dari dibedah, saya lumpuh separuh badan. Dalam beberapa bulan ini lepas keluar dari wad, dia minta cerai dari saya. Dia tuntut fasakh. Kami sekarang dalam proses perceraian,” katanya.

Img 7935

Terdahulu, video tersebut mengundang kemarahan netizen setelah ia dimuat naik oleh Caprice dan beberapa platform media sosial lain.

Sumber: Instagram, X

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *